Bakar al-Quran, lelaki direjam hingga mati dan mayat digantung pada pokok

AHLI keluarga dan penduduk tempatan mengusung keranda jenazah seorang lelaki yang direjam hingga mati di daerah Khanewal. – AFP

MULTAN: Sekumpulan individu dilaporkan merejam seorang lelaki hingga mati kerana didakwa ‘merosakkan’ kitab suci al-Quran di sebuah kampung di timur Pakistan.

Jurucakap polis, Chaudhry Imran berkata, seorang penjaga masjid mendakwa melihat lelaki itu membakar kitab suci berkenaan di dalam masjid pada Sabtu lalu.

Kata Chaudhry, penjaga masjid itu memberitahu orang ramai mengenai insiden tersebut sebelum melaporkan kepada polis.

Kejadian itu berlaku di sebuah kampung yang terletak di daerah Khanewal di wilayah Punjab.



Menurut Chaudhry, polis bergegas ke tempat kejadian dan menemukan lelaki itu dikelilingi dengan sekumpulan individu.

“Pegawai Mohammad Iqbal dan dua lagi anggota polis cuba menahan lelaki tersebut namun kumpulan itu terus membaling batu ke arah mereka sehingga menyebabkan kecederaan,” katanya.

Sementara itu, ketua balai polis Tulamba, Munawar Gujjar berkata, pihaknya sudah mengerahkan bantuan ke masjid tersebut namun pasukan keselamatan gagal sampai pada masanya.

“Mereka sampai selepas kumpulan individu merejam lelaki itu hingga mati dan menggantung mayatnya pada sebatang pokok,” katanya.



Menurut Munawar, mangsa dikenali sebagai Mushtaq Ahmed, 41, berasal dari kampung berhampiran.

“Lelaki itu mengalami masalah mental sejak 15 tahun lalu malah menurut keluarganya, mangsa sering lari dari rumah dan mengemis.

“Jenazah lelaki itu sudah pun  diserahkan kepada keluarganya untuk dikebumikan,” ujarnya.

Sementara itu, Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan menzahirkan rasa marah dan kecewa berhubung insiden yang berlaku.



“Kita tiada tolak ansur dengan mana-mana pihak membuat undang-undang sendiri dan mereka yang terlibat dalam kes ini akan diheret ke muka pengadilan,” tegasnya.

Imran turut meminta ketua polis Punjab untuk menyediakan laporan segera bagi mendakwa pihak terlibat. – AP

Bakar al-Quran


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Penyanyi Tersohor Negara Datuk Sheila Majid Sambut Menantu Sulung [VIDEO]

Doktor ‘cabut lari’ selepas pelanggan sukar buka rahang



Sanusi serang UMNO setiap hari



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker