Belajarlah dari Nik Abduh – Armand

Belajarlah dari Nik Abduh – Armand

Seorang pemimpin Umno menasihatkan Ketua Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari, agar mengambil pendekatan salah seorang bekas pemimpin pergerakan itu dalam berpolitik.

Anggota Majlis Kerja Tertinggi Umno, Armand Azha Abu Hanifah, berkata Ahmad Fadhli sepatutnya lebih matang dalam berpolitik dan bukannya menyerang pihak yang tidak sehaluan dengannya secara beremosi.

Justeru katanya Ahmad Fadhli wajar mencontohi Ahli Parlimen Bachok, Nik Abduh Nik Abdul Aziz, yang dianggapnya lebih matang dan tidak mengeluarkan kenyataan kasar.

“Nik Abduh tidak pernah mengeluarkan kenyataan yang menghina, mencerca tetapi mencari pendekatan untuk bermuzakarah, untuk mencari jalan penyelesaian,” katanya dalam satu kenyataan melalui klip video dan diedarkan kepada media hari ini.

Ahmad Fadli semalam berkata, sekarang adalah masa yang sesuai untuk pengundi Johor untuk “mengajar” ahli politik tertentu di luar Perikatan Nasional (PN) yang dianggapnya bongkak.

Kata ketua Pemuda PN itu lagi, sebelum ini PAS bersungguh-sungguh membantu Umno-BN termasuk semasa pilihan raya kecil di Tanjung Piai pada 2019.

Dia yang juga ahli parlimen Pasir Mas kemudian mempersoalkan sikap Umno-BN menilai persahabatan yang terjalin di antara kedua-dua parti.

Untuk rekod PRN Tanjung Piai itu diadakan pada 16 Nov 2019 ketika negara ini ditadbir oleh Pakatan Harapan (PH) selepas gabungan berkenaan mendapat mandat daripada rakyat.

PAS pula masih menjadi pembangkang dan baru saja memeterai piagam kerjasama dengan Umno melalui Muafakat Nasional, manakala PN pula belum wujud.

Kata Armand Azha, dia mengingatkan agar para pemimpin PAS dan Bersatu serta parti lain agar berhati-hati semasa mengeluarkan sebarang kenyataan.

“Umno menghormati semua parti politik, menghormati kawan-kawan politik dari BN, PN waima parti lawan Pakatan Harapan (PH),” katanya.

Pada masa sama Armand Azha berkata Umno dan BN tidak gentar untuk berdepan dengan sesiapa saja di lapangan politik di Johor.

“Tetapi akhir sekali, belajarlah kematangan dalam berpolitik,” katanya lagi. Mk

Belajarlah dari Nik Abduh – Armand


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Penyanyi Tersohor Negara Datuk Sheila Majid Sambut Menantu Sulung [VIDEO]

Doktor ‘cabut lari’ selepas pelanggan sukar buka rahang

Sanusi serang UMNO setiap hari

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker