Lelaki terjaga koma terkejut isteri kahwin lain

Lelaki terjaga koma terkejut isteri kahwin lain

SEORANG lelaki Arab Saudi yang sedar selepas koma enam bulan terkejut apabila mengetahui isterinya telah menceraikannya dan berkahwin dengan lelaki lain.

Dalam temu bual dengan radio MBC FM, lelaki tidak dikenali identitinya trauma dan berkata bahawa dia mengalami kemalangan jalan raya yang dahsyat sehingga menyebabkan dia koma selama enam bulan.



Lelaki itu berkata, sebelum kemalangan dia meninggalkan pekerjaannya dan berpindah ke bandar baru atas permintaan isterinya.

“Saya melepaskan pekerjaan saya untuk mengahwininya dan pindah ke kota lain, tetapi dia menceraikan saya ketika dalam keadaan koma,” katanya dalam wawancara telefon dengan radio, menurut laporan Gulf News.

Jelas lelaki itu lagi, isterinya memfailkan kes cerai di Mahkamah Syariah dua bulan selepas dia koma.

“Isteri saya membenarkan permintaan cerainya atas dasar saya sudah mati secara klinikal.



“Apabila saya sedar selepas enam bulan, saya terkejut apabila mendapati dia bukan sahaja menceraikan saya tetapi juga berkahwin dengan orang lain,” katanya.

Lelaki itu berkata dia kini mengalami trauma psikologi yang kuat akibat daripada pengalaman menyakitkan itu. SM

Lelaki terjaga koma terkejut isteri kahwin lain


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Penyanyi Tersohor Negara Datuk Sheila Majid Sambut Menantu Sulung [VIDEO]



Doktor ‘cabut lari’ selepas pelanggan sukar buka rahang

Sanusi serang UMNO setiap hari



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker