Muller dikecam jual mani kuda

Muller dikecam jual mani kuda

MUNICH: Penyerang Bayern Munich Thomas Muller dan isterinya dikecam kerana menjual air mani kuda.

Muller dan Lisa, juara ekuestrian, memiliki ladang dan dilaporkan menggunakan kuda-kuda mereka sebagai induk dengan menjual air mani beku kuda mereka.



Tindakan pasangan itu dikecam organisasi aktivis haiwan PETA selepas Muller mendedahkan salah seekor kuda mereka cedera dalam proses mendapatkan mani.

“Malangnya kami mempunyai berita buruk. Kuda kegemaran kami D’Avie tidak digunakan dalam beberapa bulan akan datang.

“Ia terjatuh ketika percubaan untuk menyediakannyan bagi musim mengawan. Ia cedera di bahagian kuku dan perlu berehat untuk beberapa bulan,” kata Muller.

PETA bagaimanapun mendakwa kecederaan itu boleh dielakkan sambil menyelar pasangan berkenaan kerana memaksa kuda melakukan “seks luar tabii”.



“Amat menyedihkan apabila pencinta kuda memaksa haiwan dalam jagaan mereka melakukan seks luar tabii bagi mendapatkan keuntungan maksimum,” kata jurucakap PETA Jana Hoger. BH

Muller dikecam jual mani kuda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Penyanyi Tersohor Negara Datuk Sheila Majid Sambut Menantu Sulung [VIDEO]

Doktor ‘cabut lari’ selepas pelanggan sukar buka rahang



Sanusi serang UMNO setiap hari

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker