Agong zahir ucapan takziah, sifatkan Tun Arshad arkitek penubuhan UiTM

Agong zahir ucapan takziah, sifatkan Tun Arshad arkitek penubuhan UiTM

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riáyatuddin menzahirkan ucapan takziah atas pemergian tokoh pendidikan negara, Tun Dr Arshad Ayub, awal pagi, hari ini.

Al-Sultan Abdullah yang juga Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) bertitah, Allahyarham Arshad merupakan tokoh negarawan yang bertanggungjawab sebagai arkitek penubuhan institut pendidikan terulung negara pada 1966.

“UiTM begitu terkenal di seluruh dunia sebagai gedung modal insan pribumi yang teragung di Malaysia dan kehilangan beliau sangat dirasai oleh negara dan UiTM khususnya.

“Marilah bersama-sama kita berdoa ke hadrat Allah SWT semoga segala jasa dan pengorbanan beliau dibalas dengan ganjaran pahala yang berlipat ganda dari Allah SWT. Semoga roh beliau ditempatkan dalam kalangan para solihin,” titah Al-Sultan Abdullah pada istiadat konvokesyen ke-93 UiTM, hari ini.

Arshad, 93, dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) sejak Selasa lalu berikutan masalah kesihatan.

Allahyarham Arshad merupakan Pengarah Pertama Institut Teknologi MARA (ITM) sejak 1967 sehingga 1975 sebelum dikenali sebagai UiTM.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Toh Puan Zaleha Mohd Arshad serta tujuh orang anak iaitu lima lelaki dan dua perempuan. Aw

Agong zahir ucapan takziah, sifatkan Tun Arshad arkitek penubuhan UiTM


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Antara Artis Yang Rela Pilih Jadi Murtad Demi Cinta!

“Kau Ada Kaki,Tangan Pergilah Cari Kerja. Tolong Sedar Diri, Dah Miskin Buat Cara Miskin” – Zarina Anjoulie

#MeleTOP: 24 jam selepas Viral..ini keadaan terkini Restoran 35..memang tak sangka

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker