Ajal dijemput ketika sujud solat Dhuha

Ajal dijemput ketika sujud solat Dhuha

Seorang pengurus kanan Jabatan Kewangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) meninggal dunia ketika sujud solat sunat Dhuha di kediamannya dekat Segambut di sini, pagi tadi.

Shukri Sulaiman, 51, ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh rakannya kira-kira jam 10 pagi.



Difahamkan, arwah yang aktif dengan kerja kebajikan, mendapat cuti sakit selepas mengalami demam sejak beberapa hari lalu.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai, berkata polis menerima laporan daripada rakan mangsa yang ke rumahnya untuk menghantar makanan.

“Rakannya mengatakan selepas beberapa kali panggilannya tidak dijawab, dia meminta bantuan jiran.

“Apabila masuk ke dalam rumah dapati mangsa sudah tidak sedarkan diri dalam bilik dengan keadaan bersujud dan memakai jubah putih,” katanya ketika dihubungi hari ini.



Beh berkata, jenazah arwah kemudian dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan bedah siasat akan dijalankan esok.
BH

Ajal dijemput ketika sujud solat Dhuha


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Penyanyi Tersohor Negara Datuk Sheila Majid Sambut Menantu Sulung [VIDEO]

Doktor ‘cabut lari’ selepas pelanggan sukar buka rahang



Sanusi serang UMNO setiap hari

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker