Meninggal dunia ketika mengadili perlawanan bola sepak

Meninggal dunia ketika mengadili perlawanan bola sepak

Kajang: Lelaki meninggal dunia ketika mengadili satu perlawanan bola sepak di padang Jalan Ssungai Chua, Taman Berjaya di sini, petang semalam.

Dalam kejadian pada 4.17 petang semalam itu, lelaki berusia 50-an itu tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri selepas perlawanan baru berlangsung kira-kira 19 minit.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima maklumat awam melalui Pusat Kawalan Daerah mengenai seorang lelaki disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.



“Maklumat awal di lokasi kejadian mendapati mangsa adalah pengadil perlawanan dan tiba-tiba rebah di tengah padang,” katanya kepada Harian Metro hari ini.

Menurutnya, pihak perubatan yang tiba di lokasi terus menjalankan pemeriksaan terhadap mangsa dan mengesahkan kematiannya.

“Mayatnya dibawa ke Hospital Kajang untuk proses bedah siasat.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut mengenainya boleh berhubung dengan pegawai penyiasat kes, Sarjan Razak di talian 011-21868985,” katanya.
HM



Meninggal dunia ketika mengadili perlawanan bola sepak


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Penyanyi Tersohor Negara Datuk Sheila Majid Sambut Menantu Sulung [VIDEO]

Doktor ‘cabut lari’ selepas pelanggan sukar buka rahang

Sanusi serang UMNO setiap hari

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker