Wanita kecewa durian dibeli tiada isi

Wanita kecewa durian dibeli tiada isi

JAKARTA – Sebuah rakaman video mendapat perhatian netizen apabila memaparkan seorang wanita yang marah kerana ditipu penjual selepas durian yang dibelinya langsung tiada isi, lapor laman berita Suara.com.

Video yang dimuat naik pada akaun Instagram bernama @lambe_turah itu menunjukkan seorang wanita sedang mengopek sebiji buah durian.

Durian itu dikatakan dibeli oleh wanita tersebut ketika dalam perjalanan pulang dari Masjid Cheng Hoo, bandar Pasuruan, wilayah Jawa Timur.

Dia membeli tiga biji durian pada harga 50,000 rupiah (RM14.63).

“Ceritanya, saya beli durian selepas pulang dari masjid. Satu durian yang mentah saya sudah buang. Yang ini saya kopek tiada isi,’’ kata wanita tersebut.

Durian itu kelihatan sudah dikopek kemudian diikat kembali lalu dijual kepada pelanggan.

Video tersebut mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Memang masa angkat tu tak rasa ringan ke? Kan boleh rasa beza antara yang kosong dengan yang berisi,’’ tulis seorang netizen. K Online

Wanita kecewa durian dibeli tiada isi


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Penyanyi Tersohor Negara Datuk Sheila Majid Sambut Menantu Sulung [VIDEO]

Doktor ‘cabut lari’ selepas pelanggan sukar buka rahang

Sanusi serang UMNO setiap hari

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker