UMNO tak takut saya, tak tahulah – Hamzah

UMNO tak takut saya, tak tahulah – Hamzah

UMNO takut individu macam Hamzah – Puad

UMNO tidak takut pada Parti Pribumi Bersatu Malaysia, kata Datuk Mohd Puad Zakarshi.

Ini kerana, UMNO tahu berapa jumlah cawangan dan ahli-ahli PPBM di Johor.

“Boleh dibilang dengan jari,” menurut beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Sebaliknya, ujar beliau UMNO hanya takut pada individu macam Datuk Seri Hamzah Zainudin yang suka jadi katak dan mempengaruhi orang jadi katak dan tikam belakang seperti di Sabah.

”Tidak mustahil Muhyiddin mangsa seterusnya,” ujar beliau.

Mohd Puad mengulas ucapan Hamzah semasa menghadiri majlis penyerahan Program Kotak Prihatin kepada Pertubuhan Pemandu Teksi Johor Bahru di Bandar Baru Uda minggu lalu.

Dalam ucapan itu, Hamzah yang juga Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) berkata, gabungan itu yakin menang besar dalam Pilihan Raya Negeru (PRN Johor), mengulangi kejayaan yang dikecapi mereka dalam PRN Sabah dua tahun lalu.

Keyakinan itu dizahirkan pada “sambutan luar biasa” terhadap program yang dihadirinya itu.

“Rakyat akan bersama-sama kita untuk membuktikan bahawa kita adalah yang lebih baik bagi mencapai kemenangan yang besar pada PRN Johor ini sekali gus mengulangi kejayaan PRN Sabah.

“Saya lihat sambutan hari ini cukup luar biasa, jika UMNO tak takut saya tak tahulah,” katanya. MG

UMNO tak takut saya, tak tahulah – Hamzah


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Penyanyi Tersohor Negara Datuk Sheila Majid Sambut Menantu Sulung [VIDEO]

Doktor ‘cabut lari’ selepas pelanggan sukar buka rahang

Sanusi serang UMNO setiap hari

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker