Berita baik, kes Covid-19 global kini menurun 19 peratus

LONDON: Pandemik Covid-19 dilaporkan semakin reda di seluruh dunia apabila merekodkan penurunan sebanyak satu peratus dalam kematian mingguan dan 19 peratus kes jangkitan.

Peratusan itu dilaporkan ketika hanya Rusia, Jerman, Belanda dan Korea Selatan mencatatkan kes harian Covid-19 tertinggi dalam kalangan negara besar lain pada minggu lalu.

Ketika Covid-19 semakin berkurangan dan peningkatan dalam peratusan pengambilan vaksin, banyak negara melonggarkan sekatan termasuk perintah berkurung, pemakaian pelitup muka dan penjarakan sosial.

Berdasarkan data dari Worldometers.info, kes Covid-19 di peringkat global meningkat sebanyak 16,053,879 sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan mencecah 411,660,354 sejak tujuh hari lalu.

Kematian akibat Covid-19 pula dilaporkan meningkat kepada 72,744 kes, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 5,831,689.

Sementara itu, kebanyakan negara mencatatkan kes harian Covid-19 tertinggi sejak varian Omicron pertama kali dikesan di Afrika Selatan pada 24 November tahun lalu.

Namun, hanya beberapa negara besar yang mencatatkan rekod tertinggi pada minggu lalu iaitu Jerman (247,128 kes pada Khamis), Rusia (203,766 kes pada Sabtu), Belanda (189,377 kes pada Selasa) dan Korea Selatan (56,425 kes pada Ahad).

“Korea Selatan melaporkan sebanyak 323,187 kes dalam seminggu dan meningkat kepada 1,350,630.

“Ia merupakan peningkatan sebanyak 102 peratus, dengan kes harian dibawah 4,000 sebelum varian Omicron di kesan di negara itu,” jelas laporan terbabit.

Berita baik, kes Covid-19 global kini menurun 19 peratus


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Penyanyi Tersohor Negara Datuk Sheila Majid Sambut Menantu Sulung [VIDEO]

Doktor ‘cabut lari’ selepas pelanggan sukar buka rahang

Sanusi serang UMNO setiap hari

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker