Najib menghadap TMJ, isteri

Najib menghadap TMJ, isteri

Datuk Seri Najib Tun Razak diperkenan menghadap Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bersama isteri baginda, Che’ Puan Khaleeda Bustamam pada Isnin bagi membincangkan mengenai keperluan pembangunan secara menyeluruh di Johor dan Malaysia.

Najib menerusi satu hantaran di Facebook beliau pada Selasa berkata, pertemuan itu turut menyentuh mengenai sistem kebajikan rakyat yang lebih efektif bagi membantu mengurangkan beban kehidupan rakyat.

“Menjunjung kasih Duli Yang Amat Mulia (DYAM) Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Yang Amat Mulia (YAM), Che’ Puan Khaleeda Bustamam atas perkenan menerima patik mengadap semalam (Isnin).

“Menyentuh mengenai pembangunan secara menyeluruh yang amat diperlukan bagi Johor dan Malaysia.

“Juga mengenai sistem kebajikan rakyat yang lebih efektif bagi membantu mengurangkan beban kehidupan rakyat,” katanya.

Mengulas lanjut, ahli Parlimen Pekan itu berkata, Johor juga mempunyai potensi besar malah menjadi pemangkin dan ‘gateway’ kepada kemajuan ekonomi negara.

Najib menghadap TMJ, isteri


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Penyanyi Tersohor Negara Datuk Sheila Majid Sambut Menantu Sulung [VIDEO]

Doktor ‘cabut lari’ selepas pelanggan sukar buka rahang

Sanusi serang UMNO setiap hari

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker