Dulu ratu cantik, sekarang pemandu treler

 

Everatt mahu menghapuskan stereotaip bahawa hanya lelaki 40-an sahaja yang boleh memandu HGV. – SWNS

LONDON – Seorang model dan bekas ratu cantik nekad menukar haluan kerjaya apabila menyertai latihan sebagai pemandu kenderaan barangan berat (HGV), lapor akhbar Metro News UK, kelmarin.

Milly Everatt, 22, ialah Miss Lincolnshire dan seorang finalis dalam pertandingan ratu cantik, Miss England.

Gadis itu mendapat inspirasi untuk belajar memandu kenderaan seberat 44 tan itu selepas kombinasi  wabak Covid-19 dan Brexit menyebabkan Britain berdepan  kekurangan pemandu HGV, tambahan pula, pekerjaan tersebut menawarkan gaji lumayan £50,000 (RM283,370).

“Saya fikir kita berada di zaman moden dan tiada apa yang boleh menghalang gadis seperti saya terlibat dalam dunia yang didominasi lelaki.

“Saya mahu membuktikan bukan hanya lelaki berusia 40-an yang mampu melakukan kerja ini dan jika ia memberi inspirasi kepada wanita lain untuk melakukan perkara yang sama,” kata Everatt.

Meskipun berjaya di pentas peragaan, mendapatkan lesen HGV sentiasa berada dalam senarai perkara yang perlu dilakukan oleh Milly.

“Saya sepatutnya melakukannya pada usia 18 tahun tetapi penularan wabak Covid-19 berlaku jadi saya menangguhkannya.

“Kekurangan pemandu HGV pada tahun lepas benar-benar mendorong saya untuk mendapatkannya semula,” jelasnya. – Agensi

 


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ajal dijemput ketika sujud solat Dhuha

Valentino Rossi beli nasi goreng di warung

UMNO tak takut saya, tak tahulah – Hamzah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker