Sebelum Aidilfitri masa paling tepat keluar i-Citra – Najib

Sebelum Aidilfitri masa paling tepat keluar i-Citra – Najib

Najib Razak mencadangkan pengeluaran khas kali terakhir i-Citra bagi ahli yang terjejas boleh dilaksanakan selepas dividen 2021 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibayar tidak lama lagi.

Ahli Parlimen Umno itu juga berpendapat, masa yang tepat bagi pengeluaran khas itu juga adalah sebelum Raya Aidilfitri.

“Pada pendapat saya, masa yang paling tepat bagi kerajaan membenarkan pengeluaran khas kali terakhir i-Citra bagi ahli yang terjejas ialah selepas dividen 2021 KWSP dibayar kepada pencarum tidak lama lagi dan sebelum hari raya,” katanya di Facebook.

Najib mengulas sokongan Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN) Ahmad Fadhli Shaari terhadap pengeluaran i-Citra RM10,000 bagi pencarum yang terjejas.

Fadhli dalam kenyataan semalam mendedahkan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mahu melaksanakan pengeluaran berkenaan, namun Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz enggan merealisasikannya.

Mengulas lanjut, Najib berkata sokongan yang dinyatakan secara terbuka oleh Ketua Pemuda PAS itu dijangka akan mendapat sokongan menteri PN dan menjadikan permintaan rakyat itu sebagai satu realiti.

“Dengan sokongan yang diumum Ketua Pemuda PN/PAS semalam, saya lebih optimis bahawa menteri-menteri PN akan akhirnya tidak lagi membantah tetapi akan menyokong permintaan pengeluaran khas ini dan ianya akan menjadi realiti.

“Harap ketua pemuda PN/PAS seorang ini akan berusaha untuk memujuk presiden Bersatu dan PAS serta menteri-menteri PN bagi memberi sokongan,” katanya. FMT

Sebelum Aidilfitri masa paling tepat keluar i-Citra – Najib


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ajal dijemput ketika sujud solat Dhuha

Valentino Rossi beli nasi goreng di warung

UMNO tak takut saya, tak tahulah – Hamzah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker