Apa yang kelakar sangat dengan Premier?, Najib tanya ADUN DAP

Apa yang kelakar sangat dengan Premier?, Najib tanya ADUN DAP

Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Sarawak dikecam kerana mempersendakan tindakan negeri itu berhubung pertukaran nama jawatan Ketua Menteri kepada “Premier” dengan membandingkannya dengan jenama tisu.

Najib Razak berkata, langkah menamakan semula gelaran Ketua Menteri kepada Premier perlu disokong sebagai solidariti dengan Perjanjian Malaysia 1963, yang mengiktiraf Sabah dan Sarawak sebagai rakan kongsi yang sama dalam persekutuan.



Violet Yong yang juga ADUN Pending memuatnaik gambar di Facebook awal hari ini menunjukkan dia memegang gambar tisu jenama Premier seolah-olah cuba mempermainkan tindakan itu.

Dalam catatan Facebooknya, Najib berkata, jawatan Premier bukan bahan ketawa, kerana istilah itu digunakan di negara seperti Australia dan China.

“Apa yang kelakar sangat, YB? Sila kongsi. Jangan ketawa sendiri,” sindir Najib.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak meluluskan pindaan Perlembagaan negeri bagi pertukaran nama Ketua Menteri kepada Premier dan Menteri Muda kepada kepada Timbalan Menteri dengan mendapat undian dua pertiga hari ini.



Semasa perbahasan pindaan itu, Fazzruddin Abdul Rahman (GPS-Tupong) berkata gelaran “Premier” akan mengiktiraf status negeri, berbanding Ketua Menteri Melaka dan Sarawak, lapor Bernama.

Chong Chieng Jen (PH-Padungan) berkata, perkataan “Premier” boleh menimbulkan kekeliruan sekiranya diterjemahkan ke Bahasa Malaysia terutamanya dalam teks undang-undang manakala Baru Bian (PSB-Ba’Kelalan) berkata, tindakan menamakan semula jawatan itu adalah tidak berperlembagaan. FMT

Apa yang kelakar sangat dengan Premier?, Najib tanya ADUN DAP


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ajal dijemput ketika sujud solat Dhuha

Valentino Rossi beli nasi goreng di warung



UMNO tak takut saya, tak tahulah – Hamzah



Related Articles

One Comment

  1. Walau pun saya bukan penyokong PH tetapi dalam hal sebegini saya bersetuju dengan DAP. Kalau tidak perlu tak usahlah kita ikut apa yang dibuat di Negara Cina atau pun Australia. Kita lebih selesa dengan terma “Ketua Menteri”. Lagi pun seperti perumpamaan Melayu “ular menyusur akar, takkan hilang bisanya”, status quo ketua kerajaan masih tetap utuh walau pun masih guna terma “Ketua Menteri”.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker