Nyaris Terbunuh Bila Motosikal Dirempuh Kereta Api [VIDEO]

Nyaris Terbunuh Bila Motosikal Dirempuh Kereta Api [VIDEO]

MUMBAI: Seorang penunggang motosikal nyaris terbunuh apabila dia dipercayai menjatuhkan motosikalnya sebelum sebuah kereta api yang sedang bergerak dengan laju merempuh motosikal tersebut di sebuah landasan di Mumbai baru-baru ini.

Kejadian itu dirakamkan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan pada mulanya, penunggang motosikal tersebut mahu melintas sebuah landasan kereta api.

Namun, tiba-tiba, lelaki itu dipercayai menjatuhkan motosikalnya dan dia sempat melarikan diri selepas sebuah kereta api bergerak dengan laju di atas landasan.
Kereta api itu turut merempuh motosikal yang terjatuh itu.

Beberapa pejalan kaki dan penunggang motosikal lain telah berhenti bagi memberi laluan kepada kereta api tersebut.

Namun, penunggang motosikal itu nampaknya menyangka dia mempunyai masa yang cukup untuk menyeberang sebelum kereta api tersebut tiba.



Bagaimanapun, ketika dia mula melintasi, CCTV menunjukkan lampu brek motosikalnya menyala sebelum lelaki itu menoleh ke kiri.

Dia kemudiannya dipercayai menjatuhkan motosikalnya dan melarikan diri ke bahagian kanan.

Namun, motosikal tersebut terhumban ke bahagian tepi landasan selepas ia dirempuh kereta api tersebut. – Agensi / SH

Nyaris Terbunuh Bila Motosikal Dirempuh Kereta Api [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:



MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Ajal dijemput ketika sujud solat Dhuha

Valentino Rossi beli nasi goreng di warung



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker