Korea Selatan juara Piala Uber 2026, tumbangkan China 3-1
Korea Selatan juara Piala Uber 2026, tumbangkan China 3-1

Horsens, Denmark: Korea Selatan dinobatkan sebagai juara Piala Uber 2026 selepas menafikan impian China untuk mempertahankan gelaran itu dengan kemenangan 3-1 pada perlawanan akhir yang berlangsung di Forum Horsens di sini hari ini.
Korea Selatan membuat percaturan taktikal yang berani apabila memisahkan pasangan beregu wanita utama yang juga pasangan nombor tiga dunia Baek Ha Na-Lee So Hee, satu pertaruhan yang akhirnya membuahkan hasil pada perlawanan keempat yang menjadi penentu.
Pemain perseorangan wanita nombor satu dunia An Se Young membuka langkah Korea Selatan apabila menewaskan pemain nombor dua dunia Wang Zhi Yi, 21-10, 21-13 dalam tempoh 47 minit.
Kemenangan Se Young itu turut melebarkan dominasinya dalam rekod pertemuan antara mereka dengan 20 kemenangan daripada 25 perlawanan menentang pemain China itu.
China bangkit menerusi pasangan nombor satu dunia Liu Sheng Shu-Tan Ning, yang mengikat kedudukan 1-1 dengan kemenangan meyakinkan 21-15, 21-12 ke atas Jeong Na Eun yang bergandingan dengan So Hee.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Gagasan Rumah Bangsa Demi Kesinambungan Perjuangan Pemimpin Terdahulu
- Nurul Amal Alu-alukan Kehadiran Ahli Baharu, Perkukuh Puteri UMNO
- Kongres Pendidikan Bumiputera Langkah Besar Bentuk Agenda Masa Depan Bangsa – Dr Zambry
Dua Cabaran Besar Sistem Pendidikan, Ahmad Zahid Seru Pembaharuan Menyeluruh
Korea Selatan bagaimanapun kembali menguasai perlawanan apabila perseorangan kedua yang juga pemain nombor 17 dunia Kim Ga Eun mencipta kejutan menewaskan pemain nombor empat dunia Chen Yufei, 21-19, 21-15 dalam tempoh 55 minit.
Ketika kejuaraan semakin hampir, Baek Ha Na bergandingan dengan Hye Jeong mempamerkan aksi menarik apabila bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Jia Yi Fan-Zhang Shu Xian 16-21, 21-10, 21-13 dalam perlawanan penentuan yang sengit, sekali gus menghadiahkan kejuaraan Piala Uber ketiga buat Korea Selatan.
Sebaik sahaja bulu tangkis yang dipukul Ha Na mencecah lantai bagi menandakan kemenangan, pasukan Korea Selatan meluru ke gelanggang untuk meraikan kejayaan itu bersama beliau dan Hye Jeong.
Korea Selatan juara Piala Uber 2026, tumbangkan China 3-1
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Azalina Tegaskan Kepentingan Platform Digital, Depani Landskap Politik
- Konvensyen 80 Tahun UMNO Perkukuh Perpaduan Dan Hala Tuju Parti
- Terus Perkasa Penyertaan Wanita, Depani Kekangan Politik
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Isu Negeri Sembilan: UMNO Pilih Tindakan Berprinsip, Pertahan Perlembagaan Dan Institusi Raja
You must be logged in to post a comment.