Damelo Dolla pikat peminat luar negara

Damelo Dolla pikat peminat luar negara

Tidak mahu dibanding-bandingkan, kumpulan popular, Dolla lebih selesa berdiri di atas tapak dan usaha sendiri tanpa melihat persaingan sebagai satu halangan.

Jelas Dolla, mereka lebih senang bergerak dan fokus dengan muzik sendiri tanpa memikirkan gerak atur kumpulan lain demi mengelakkan negativiti dalam kerjaya mereka.

“Jujurnya, kami seronok melihat banyak kumpulan baharu seiring kami. Masing-masing ada cara dan peminat yang menyokong. Dari awal, kami fokus dengan kerjaya seni Dolla sahaja.

“Kami tidak mahu negativiti ada dalam pemikiran. Setiap kumpulan mempunyai usaha sendiri untuk menembusi pasaran. Kami pun sama,” ujar mereka.

Baru melancarkan single, Damelo, Dolla berkata, lagu ciptaan Hard Lights dan dikeluarkan oleh Universal Music Sdn Bhd itu adalah antara langkah mereka untuk menakluk pasaran muzik global.

“Lagu Damelo yang menampilkan Hard Lights ini juga ada dua versi, bahasa Melayu dan diselitkan dengan bahasa Sepanyol serta penambahan bahasa Inggeris.

“Draf asal lagu ini adalah dalam bahasa Sepanyol sepenuhnya. Jadi, kami menggunakan khidmat Sya (adik Sonaone) untuk mengalih bahasa ke bahasa Melayu dan kami tambah sedikit bahagian rentak muziknya untuk diselitkan dengan tarian.

“Pertama kali mendengar lagu ciptaan Hard Lights ini, kami terus jatuh cinta. Bahagian bahasa Sepanyol itu kami kekalkan kerana itu menjadi elemen utama dalam lagu ini,” katanya.

Dalam pada itu, Dolla juga teruja apabila ramai peminat luar negara mula menunjukkan usaha sehingga ada yang menterjemah lagu-lagu mereka sebelum ini ke bahasa tertentu supaya dapat memahami maksud di sebalik setiap lirik.

“Menariknya, ada kalangan peminat dari Brazil, Amerika Syarikat sebagai contoh tidak faham pun bahasa Melayu tetapi mereka sanggup menterjemah dan memahami lirik.

“Malah kami juga ada peminat dari Sepanyol yang membuatkan kami melancarkan Damelo untuk meluaskan lagu muzik Dolla di peringkat antarabangsa,” kongsi mereka. Utusan

Damelo Dolla pikat peminat luar negara

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ira Kazar didakwa hamil, ini respon Yusof Haslam

Apa sudah jadi BCL?

Hanya salah faham, saya kerani bukan peguam – Fatiya Latiff

Diana Danielle dapat pengganti?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker