SPRM Akan Panggil Semula Ismail Sabri Berkaitan Kes AMLA

SPRM Akan Panggil Semula Ismail Sabri Berkaitan Kes AMLA

SPRM Akan Panggil Semula Ismail Sabri Berkaitan Kes AMLA

 

SPRM Akan memanggil semula Ismail Sabri Yaakob untuk keterangan kali kedua berkaitan kes AMLA di era pentadbiran Keluarga Malaysia.

Sebelum itu, bekas perdana menteri ke IX itu telah di soal siasat oleh SPRM pada 18 Februari lepas selama 5 jam.

Namun beberapa hari selepas itu, Ismail Sabri telah dikejarkan ke hospital kerana rebah akibat tekanan darah tinggi.

Soal siasat dijalankan berhubung siasatan perbelanjaan kerajaan untuk kempen promosi Keluarga Malaysia sepanjang tempoh 14 bulan sebagai perdana menteri ke IX.

Hasil dari soal siasat tersebut, SPRM telah menahan 4 orang bekas pegawai Ismail Sabri.

3 ditahan selama lima hari bermula Jumaat lepas.

Manakala individu keempat direman selama tiga hari dan dibebaskan pada 23 Februari.

Malaysiakini juga melaporkan, dalam serbuan di kediaman salah seorang dari mereka, SPRM telah menjumpai duit tunai dan barangan kemas bernilai lebih dari RM100 juta.

Untuk rekod, Ismail Sabri pernah di soal siasat SPRM pada 10 Januari 2024 berhubung kes yang sama.

Sumber SPRM memaklumkan, Ismail Sabri akan dipanggil kali kedua untuk melengkapkan siasatan.

Selain itu, SPRM juga menahan seorang pegawai eksekutif sebuah yayasan.

Di samping itu, seorang wanita yang juga pembantu kepada seorang pegawai khas terbabit turut ditahan.

Lapan individu juga akan dipanggil SPRM untuk dirakam keterangan berhubung siasatan yang sama.

Siasatan berhubung isu penggunaan dana kerajaan berjumlah RM700 juta bagi tujuan promosi dan publisiti.

Siasatan dibuat mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 dan Akta SPRM 2009.

 

SPRM Akan Panggil Semula Ismail Sabri Berkaitan Kes AMLA

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Layari Laman Facebook:

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker