Bot PATI karam: Mayat ke-9 ditemui, 5 masih hilang
Bot PATI karam: Mayat ke-9 ditemui, 5 masih hilang

POH: Mayat seorang lagi mangsa insiden bot karam yang membawa pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia di perairan Pulau Pangkor, ditemui petang tadi.
Ia menjadikan jumlah mangsa terkorban mencecah sembilan orang, setakat ini.
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Perak dalam satu kenyataan, hari ini, memaklumkan mayat lelaki itu dijumpai aset Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Kapal Diraja (KD) Sri Indera Sakti.
“Mayat kesembilan ditemui pada kedudukan 4.5 batu nautika barat daya Pulau Pangkor pada jam 5.31 petang tadi.
“Mayat berkenaan kemudian diserahkan kepada aset Fast Combat Boat (FCB) 1002 milik TLDM pada jam 6.25 petang untuk tindakan lanjut,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ahmad Zahid Pengerusikan Mesyuarat Tertinggi KKDW, Perkukuh Agenda Pembangunan Desa
- Ulang Tahun Ke-80: Asas Pembangunan Negara Berakar Daripada Perjuangan UMNO – Ruzaini
- Majlis Ulama UMNO Tegur Ahli Parlimen Pas, Seru Henti Politik Pecahbelahkan Umat
UMNO Terus Relevan, Jadi Pilihan Generasi Muda – Suhaimi Nasir
Kenyataan itu memaklumkan bahawa operasi mencari dan menyelamat (Carilamat) hari keempat diteruskan dengan pencarian tertumpu di kawasan penemuan mayat mangsa pada hari kedua operasi.
“Pencarian mangsa pada hari keempat menumpukan pada tujuh sektor merangkumi 219.01 batu nautika persegi.
“Operasi yang bermula jam 7 pagi tadi membabitkan aset udara dan laut milik Maritim Malaysia, TLDM dan Pasukan Polis Marin (PPM),” menurut kenyataan itu lagi.
Dalam kejadian awal pagi Isnin lalu, sebuah bot dipercayai membawa 37 PATI warga Indonesia dilaporkan karam di perairan Pulau Pangkor ketika dalam perjalanan menuju beberapa destinasi di Malaysia.
Setakat ini, seramai 23 mangsa berjaya diselamatkan, manakala usaha mengesan lima lagi mangsa yang masih hilang akan diteruskan esok.
Bot PATI karam: Mayat ke-9 ditemui, 5 masih hilang
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pengukuhan Parti Jadi Fokus Utama UMNO Beaufort, Yakin Terus Relevan
- Pemuda UMNO Pulau Pinang, Kedah Desak Tindakan Tegas Hina Sahabat Nabi
- ‘Perkasa Jentera Dengan Kemahiran AI, Kuasai Algoritma Media Sosial’
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.