Dewan SMK Putrajaya Presint 14 (1) terbakar
Dewan SMK Putrajaya Presint 14 (1) terbakar

PUTRAJAYA: Bahagian belakang pentas dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putrajaya Presint 14 (1) di sini, terbakar kira-kira jam 6 petang tadi.
Kebakaran itu menyebabkan beberapa perabot disimpan dalam ruang yang dipercayai dijadikan stor penyimpanan, musnah.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Presint 14, Penolong Penguasa Bomba Dianty Hussain, berkata pihaknya menerima panggilan jam 6.10 petang sebelum sebuah jentera dikerahkan ke lokasi bersama sebuah lagi dari BBP Presint 7.
“Seramai 12 anggota terbabit dalam kerja pemadaman dengan kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 6.30 petang.
“Kebakaran membabitkan kerusi dan meja yang disimpan di bahagian belakang pentas dewan itu dengan anggaran keluasan kira-kira 12 kali 50 kaki persegi,” katanya kepada pemberita.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ahmad Zahid Pengerusikan Mesyuarat Tertinggi KKDW, Perkukuh Agenda Pembangunan Desa
- Ulang Tahun Ke-80: Asas Pembangunan Negara Berakar Daripada Perjuangan UMNO – Ruzaini
- Majlis Ulama UMNO Tegur Ahli Parlimen Pas, Seru Henti Politik Pecahbelahkan Umat
UMNO Terus Relevan, Jadi Pilihan Generasi Muda – Suhaimi Nasir
Dianty berkata ketika kadian latihan sukan sedang diadakan perkarangan sekolah manakala sesi persekolahan sudah berakhir.
Katanya, kehadiran ibu bapa dan guru membantu mengawal murid daripada mendekati kawasan kebakaran.
“Tiada sebarang kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan manakala punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya.
Terdahulu, kebakaran berkenaan tular selepas video rakaman oleh penduduk setempat dikongsikan melalui media sosial.
Dewan SMK Putrajaya Presint 14 (1) terbakar
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pengukuhan Parti Jadi Fokus Utama UMNO Beaufort, Yakin Terus Relevan
- Pemuda UMNO Pulau Pinang, Kedah Desak Tindakan Tegas Hina Sahabat Nabi
- ‘Perkasa Jentera Dengan Kemahiran AI, Kuasai Algoritma Media Sosial’
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.