Lelaki maut dipercayai diserang sekumpulan gajah liar

Lelaki maut dipercayai diserang sekumpulan gajah liar

Lelaki maut dipercayai diserang sekumpulan gajah liar
Lokasi mayat lelaki dipercayai maut diserang sekumpulan gajah liar di Gua Musang. – Foto ihsan polis

GUA MUSANG: Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia di tepi sungai berhampiran ladang getah di Jalan Ladang Serasa, di sini, dipercayai diserang sekumpulan gajah liar, hari ini.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo, berkata pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang menerima laporan mengenai penemuan mayat mangsa, Razali Daud, 55, kira-kira jam 11.38 pagi.

Beliau berkata, bertindak daripada aduan terbabit sepasukan anggota dari Balai Polis Paloh 2 bergegas ke lokasi kejadian untuk menjalankan pemeriksaan.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan pemeriksaan di lokasi menjumpai kesan tapak kaki serta najis gajah. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Gua Musang untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian.

“Hasil maklumat awal daripada orang awam mendapati mangsa dipercayai diserang oleh sekumpulan gajah liar di lokasi berkenaan.

“Siasatan awal juga mendapati tiada unsur jenayah dalam kejadian berkenaan kerana kesan tapak kaki serta najis gajah dipercayai membabitkan serangan haiwan liar,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Beliau berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan lanjut masih diteruskan.

Katanya, pihak polis menasihatkan orang ramai terutamanya penduduk di kawasan berhampiran hutan dan ladang agar sentiasa berwaspada serta mengelak memasuki kawasan berisiko yang menjadi habitat hidupan liar terutama gajah.

Lelaki maut dipercayai diserang sekumpulan gajah liar


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Reezal Seru Semua Pihak Pertahan Empat Pasak Utama Negara

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker