Penunggang motosikal maut langgar pokok tumbang di Lebuhraya Pasir Gudang

Penunggang motosikal maut langgar pokok tumbang di Lebuhraya Pasir Gudang

Penunggang motosikal maut melanggar pokok tumbang di Lebuhraya Pasir Gudang, awal pagi ini. – Foto ihsan Bomba Johor

JOHOR BAHRU: Lelaki maut selepas motosikal ditunggang melanggar sebatang pokok tumbang di Lebuhraya Pasir Gudang menghala ke bandar raya ini, awal pagi tadi.

Brad Fischhetti Anak Kijam, 26, yang menunggang motosikal Yamaha 125Z dilaporkan meninggal dunia di lokasi dalam kejadian berhampiran kawasan perumahan Megah Ria, kira-kira jam 4 pagi itu.

Pusat Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor, dalam satu kenyataan, di sini hari ini, memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.06 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang dikejarkan ke lokasi.

“Pasukan bomba tiba di lokasi pada jam 4.13 pagi dan mendapati terdapat sebatang pokok mati berukuran kira-kira satu meter tumbang di atas jalan sebelum dipercayai dilanggar penunggang motosikal terbabit.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan sebelum mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” menurut kenyataan itu.

Operasi diketuai Pegawai Bomba Tinggi II Nazarudin Yusof bersama enam anggota menggunakan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dalam operasi berkenaan, termasuk kerja pemotongan dan pengalihan pokok bagi memastikan laluan selamat digunakan semula.

Operasi ditamatkan sepenuhnya jam 4.34 pagi.

Penunggang motosikal maut langgar pokok tumbang di Lebuhraya Pasir Gudang

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker