Juruteknik ditemui mati berlumuran darah, dipercayai dibunuh dalam pangsapuri
Juruteknik ditemui mati berlumuran darah, dipercayai dibunuh dalam pangsapuri

JOHOR BAHRU: Seorang juruteknik dijumpai maut dalam keadaan berlumuran darah, dipercayai akibat dibunuh di dalam sebuah unit pangsapuri, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, berkata pihaknya menerima laporan pada jam 11.12 malam berhubung penemuan mayat lelaki itu.
“Hasil siasatan awal mendapati mangsa adalah warga tempatan berusia 33 tahun dan bekerja sebagai juruteknik.
“Mangsa ditemui dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah kira-kira jam 10.50 malam.
Raub berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan, termasuk bagi mengenal pasti motif pembunuhan.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Beliau sekali gus meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu supaya menghubungi Hotline Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan melalui talian 07-2182323 bagi membantu siasatan.
Juruteknik ditemui mati berlumuran darah, dipercayai dibunuh dalam pangsapuri
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pengukuhan Parti Jadi Fokus Utama UMNO Beaufort, Yakin Terus Relevan
- Pemuda UMNO Pulau Pinang, Kedah Desak Tindakan Tegas Hina Sahabat Nabi
- ‘Perkasa Jentera Dengan Kemahiran AI, Kuasai Algoritma Media Sosial’
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.