KTV disko dadah warga China di Bukit Bintang digempur Imigresen

KTV disko dadah warga China di Bukit Bintang digempur Imigresen

KTV disko dadah warga China di Bukit Bintang digempur Imigresen
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Putrajaya, menyerbu sebuah pusat hiburan karaoke (KTV) mewah, dalam sebuah hotel di Jalan Changkat, Bukit Bintang, di sini, awal pagi tadi.

Pemeriksaan ke atas kelab yang dianggap kebal dari sebarang operasi pihak berkuasa di tingkat satu dan lima itu membawa kepada penahanan ratusan warga asing terutama dari China yang sedang khayal berhibur dengan dadah.

Wartawan BH yang turut menyertai operasi oleh Bahagian Penguatkuasaan, JIM Putrajaya, turut melihat sendiri dadah ketamine dan kelengkapan menghisap dalam setiap daripada lapan bilik mewah KTV di tingkat lima.

Setiap bilik yang dipenuhi lelaki warga China dan pelayan wanita atau (GRO) warga asing termasuk Vietnam, China dan Thailand, seolah-olah menganggap pengambilan dadah adalah tidak salah di sini undang-undang negara ini.

“Pusat hiburan ini sukar ditembusi disebabkan dikawal ketat dari pintu masuk lobi hotel serta kawasan sekelilingnya selain turut dipantau melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sekiranya ada cubaan sebarang serbuan atau operasi oleh pihak berkuasa.

“Justeru, pihak JIM, menempatkan pegawai dan anggota di tempat-tempat strategik sebelum serbuan dibuat jam 1 pagi tadi, bagi mengelakkan sasaran melarikan diri,” katanya kepada pihak media.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Azalina Tinjau Cadangan Penempatan Mahkamah Komersial Baharu, Perkukuh Sistem Kehakiman


JIM berkata, serbuan yang dilakukan ini adalah serbuan pertama yang dilakukan oleh Bahagian Penguatkuasa JIM Putrajaya terhadap lokasi berkenaan.

“Berdasarkan risikan awal, hanya warga asing yang dibenarkan berhibur dalam premis berkenaan dan kita percaya kebanyakan mereka memasuki negara ini menggunakan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS).

“Mereka masuk sebagai pelancong, penuntut institusi pengajian tinggi selain ada yang didaftarkan sebagai pembantu rumah namun bekerja sebagai GRO.

“Pihak JIM tidak menafikan terdapat kemungkinan wujudnya penyalahgunaan permit oleh warga asing yang berada dalam premis hiburan berkenaan di mana mereka disyaki adalah ahli sindiket penipuan (Macau Scam) yang terbabit dalam kesalahan jenayah komersil.

“Bagaimanapun tindakan awal JIM adalah menahan dan menjalankan siasatan lanjut terhadap warga asing terbabit,” katanya.

Pada masa ini, pihak Bahagian Penguatkuasaan JIM Putrajaya masih mengemaskini butiran terperinci penangkapan sebelum memaklumkan kepada media, hari ini.

KTV disko dadah warga China di Bukit Bintang digempur Imigresen


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Reezal Seru Semua Pihak Pertahan Empat Pasak Utama Negara

 

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker