Iran masih tunggu visa ke Piala Dunia 2026

Iran masih tunggu visa ke Piala Dunia 2026

Iran masih tunggu visa ke Piala Dunia 2026
PRESIDEN Persekutuan Bola Sepak Iran, Mehdi Taj serta Naib Presiden, Mehdi Mohammad Nabi memegang jersi pasukan ketika majlis pelepasan skuad kebangsaan menjelang keberangkatan mereka ke Piala Dunia FIFA 2026. FOTO REUTERS

Tehran: Ketua Persekutuan Bola Sepak Iran berkata tiada visa setakat ini dikeluarkan untuk skuad kebangsaan negara itu menyertai Piala Dunia 2026 di Amerika Syarikat (AS), menurut laporan media kerajaan.

“Esok atau lusa, kami akan mengadakan pertemuan penting dengan FIFA. Mereka perlu memberi jaminan kepada kami kerana isu visa masih belum diselesaikan,” kata ketua persekutuan, Mehdi Taj, seperti dipetik agensi berita IRNA.

“Kami belum menerima sebarang maklumat daripada pihak lawan mengenai siapa yang telah diberikan visa. Tiada visa dikeluarkan setakat ini,” tambahnya.

Menurut Taj, pemain dijangka perlu ke Ankara, Turkiye untuk proses cap jari sebagai sebahagian daripada prosedur visa

“Pemain perlu ke Ankara untuk cap jari, tetapi kami sedang cuba mengatur supaya proses itu boleh dilakukan di Antalya supaya tidak perlu ke Ankara,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

UMNO Terus Relevan, Jadi Pilihan Generasi Muda – Suhaimi Nasir


Iran dan AS dilaporkan berada dalam ketegangan sejak 28 Februari lalu, walaupun gencatan senjata sudah dikuatkuasakan sejak 8 April lalu.

Tehran dan Washington tidak mempunyai hubungan diplomatik sejak 1980 susulan krisis tebusan di kedutaan AS selepas revolusi Islam yang menggulingkan Shah yang disokong AS.

Iran pada Rabu lalu mengadakan majlis pelepasan rasmi skuad kebangsaan yang akan beraksi di Piala Dunia 2026 yang dianjurkan bersama AS, Mexico dan Kanada.

Skuad kebangsaan Iran atau lebih dikenali sebagai Team Melli akan berpangkalan di Tucson, Arizona sepanjang kejohanan itu.

Iran akan membuka kempen Piala Dunia menentang New Zealand di Los Angeles pada 15 Jun sebelum berdepan Belgium dan Mesir dalam Kumpulan G.

Iran masih tunggu visa ke Piala Dunia 2026


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Reezal Seru Semua Pihak Pertahan Empat Pasak Utama Negara

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker