Negeri Sembilan mara final Piala Vivian May Soars
Negeri Sembilan mara final Piala Vivian May Soars

Seremban: Skuad hoki wanita Negeri Sembilan hanya selangkah lagi untuk mencipta sejarah muncul juara treble dalam saingan Liga Hoki Wanita Malaysia (LHWM) MHL-TNB 2026, selepas berjaya menewaskan Terengganu, 3-0, dalam aksi separuh akhir bagi perebutan trofi utama, Piala Vivian May Soars, di Stadium Hoki Bukit Jalil, lewat petang tadi.
Selepas sasaran memenangi Piala Sumbangsih dan Piala LHWM tercapai, kini skuad bimbingan Shaiful Azli Abd Rahman itu sedang memburu sasaran memenangi Piala Vivian May Soars untuk melengkapkan misi mereka musim ini.
Shaiful Azli berkata, beliau berpuas hati dengan keputusan yang memihak kepada skuad bimbingannya walaupun dalam aksi hari ini, anak buahnya tidak beraksi pada tahap keupayaan sebenar seperti mana yang mereka pamerkan pada perlawanan lain sebelum ini.
“Saya puas hati dengan keputusan perlawanan kerana kemenangan itu adalah matlamat kita, namun dari segi prestasi dalam persembahan sebenarnya mereka tidak mempamerkan keupayaan sebenar jika dibandingkan dengan persembahan sebelum ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ahmad Zahid Pengerusikan Mesyuarat Tertinggi KKDW, Perkukuh Agenda Pembangunan Desa
- Ulang Tahun Ke-80: Asas Pembangunan Negara Berakar Daripada Perjuangan UMNO – Ruzaini
- Majlis Ulama UMNO Tegur Ahli Parlimen Pas, Seru Henti Politik Pecahbelahkan Umat
UMNO Terus Relevan, Jadi Pilihan Generasi Muda – Suhaimi Nasir
“Saya telah kenal pasti dan akan perbaiki beberapa kelemahan menjelang aksi final, Ahad nanti. Apa pun saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada pemain kerana menterjemahkan kemenangan yang kita mahukan,” katanya ketika dihubungi, malam ini.
Ujar Shaiful Azli, pada aksi itu, gol pertama Negeri Sembilan disumbangkan menerusi pemain import dari India, Vandana Katariya pada minit ke-21, disusuli jaringan kedua oleh pemain kebangsaan, Nuramirah Shakirah Zulkifli manakala Nur Afiqah Syahzani Azhar melengkapkan nota ceria pasukan itu melalui jaringan pada minit ke-60.
Menurut pengendali itu, Negeri Sembilan akan menentang pemenang antara pasukan Territory Stingers atau Malaysia University yang bertemu dalam satu lagi peringkat separuh akhir.
“Saya lihat kedua-dua pasukan itu adalah lawan yang hebat dan sukar, jadi Negeri Sembilan perlu membuat persiapan terbaik menjelang aksi penentuan pada Ahad nanti,” katanya.
Negeri Sembilan mara final Piala Vivian May Soars
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pengukuhan Parti Jadi Fokus Utama UMNO Beaufort, Yakin Terus Relevan
- Pemuda UMNO Pulau Pinang, Kedah Desak Tindakan Tegas Hina Sahabat Nabi
- ‘Perkasa Jentera Dengan Kemahiran AI, Kuasai Algoritma Media Sosial’
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.