Rehat panjang beri ruang Tang Jie-Ee Wei pulih, baiki prestasi

Rehat panjang beri ruang Tang Jie-Ee Wei pulih, baiki prestasi

Rehat panjang beri ruang Tang Jie-Ee Wei pulih, baiki prestasi
TANG Jie (kanan) dan Ee Wei bersama trofi serta replika cek selepas dipilih sebagai Atlet Terbaik Anugerah SAM-100 PLUS 2025, semalam. FOTO ASWADI ALIAS

Kuala Lumpur: Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei melihat rehat bagi tempoh panjang memberi kelebihan buat mereka meningkatkan semula prestasi dan membetulkan beberapa kesilapan agar boleh tampil lebih cemerlang pada Kejohanan Masters Malaysia, minggu depan.

Bagi Tang Jie, mereka tidak terbabit dalam kempen Piala Thomas dan Piala Uber, sekali gus mempunyai masa rehat hampir sebulan dan ia digunakan sebaik mungkin termasuk memastikan proses pemulihan kecederaan kembali ke tahap terbaik.

Katanya, sebelum ini dia terpalit dengan kecederaan semasa di Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2025 di Ningbo, China, April lalu dan itu sedikit sebanyak mengganggu rentak mereka beraksi di dalam gelanggang.

“Walaupun tidak menyertai Piala Thomas dan Uber, kami tetap fokus latihan untuk cari prestasi terbaik tahun ini.

“Ini pula kecederaan baharu untuk saya, saya memang belum pernah alami sebelum ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

UMNO Terus Relevan, Jadi Pilihan Generasi Muda – Suhaimi Nasir


“Jadi memang agak sukar sedikit apabila berdepan situasi ini, tetapi sekarang saya rasa lebih baik,” katanya selepas Majlis Anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM)-100PLUS 2025, semalam.

Beregu keempat dunia itu diangkat selaku Atlet Terbaik Anugerah SAM-100PLUS 2025 selepas mencipta sejarah muncul juara pada Kejohanan Dunia di Paris tahun lalu.

Selain itu, pemain kelahiran Perak itu berterima kasih kepada Ee Wei kerana memahami situasinya dan meminta agar dirinya lebih memberi tumpuan kepada sesi pemulihan.

“Waktu itu memang saya rasa agak sukar, tetapi saya sangat menghargai pasangan yang meminta saya pulih sepenuhnya sebelum kembali ke gelanggang.

“Dalam tempoh sebulan ini memang bukan mudah untuk kami berdua,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Azalina Tinjau Cadangan Penempatan Mahkamah Komersial Baharu, Perkukuh Sistem Kehakiman


Sementara itu, Ee Wei berharap mereka boleh menampilkan aksi terbaik dan melangkah lebih jauh dalam Masters Malaysia terutama apabila beraksi di tempat sendiri.

“Ini antara motivasi kami untuk terus melangkah ke hadapan dan berharap dapat mencatat keputusan yang lebih baik pada masa depan.

“Untuk Masters Malaysia, kami berharap dapat memberikan yang terbaik dan menghadiahkan sesuatu yang membanggakan Malaysia terutama apabila bermain di laman sendiri,” katanya.

Juara dunia 2025 itu akan bertemu pasangan Kanada, Jonathan Bing Tsan Lai-Crystal Lai pada aksi pusingan pertama di Unifi Arena, Bukit Jalil yang dijadualkan berlangsung dari 19 hingga 24 Mei ini.

Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Reezal Seru Semua Pihak Pertahan Empat Pasak Utama Negara

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker