Final Piala FA harapan terakhir Chelsea
Final Piala FA harapan terakhir Chelsea

London: Pengendali sementara Chelsea, Calum McFarlane menggesa pasukannya menyelamatkan musim penuh bergelora mereka dengan menewaskan Manchester City pada final Piala FA, Sabtu ini.
Tanpa kemenangan dalam tujuh aksi terakhir Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea kini terperosok di tangga kesembilan dan hampir pasti gagal melayakkan diri ke Liga Juara-Juara musim depan.
McFarlane kini menjalani tugasan kedua sebagai pengendali sementara selepas dinaikkan daripada jurulatih bawah 21 tahun bagi menggantikan Enzo Maresca pada Januari lalu dan Liam Rosenior tiga bulan kemudian.
Chelsea tewas di final Piala FA pada 2020, 2021 dan 2022, manakala kali terakhir mereka menjulang trofi itu adalah pada 2018 selepas menewaskan Manchester United untuk meraih trofi domestik terakhir mereka.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ahmad Zahid Pengerusikan Mesyuarat Tertinggi KKDW, Perkukuh Agenda Pembangunan Desa
- Ulang Tahun Ke-80: Asas Pembangunan Negara Berakar Daripada Perjuangan UMNO – Ruzaini
- Majlis Ulama UMNO Tegur Ahli Parlimen Pas, Seru Henti Politik Pecahbelahkan Umat
UMNO Terus Relevan, Jadi Pilihan Generasi Muda – Suhaimi Nasir
McFarlane percaya menamatkan kemarau kejuaraan itu sekurang-kurangnya mampu mengubati sedikit kekecewaan sepanjang kempen sukar musim ini.
“Prestasi semasa kami dalam liga jauh di bawah standard yang kami harapkan dan pernah dipamerkan sebelum ini. Ini final Piala FA, jadi kami mahu memenanginya.
“Ia pertandingan yang sangat besar. Apabila anda berada di kelab sebesar ini dan melihat sejarah kelab dalam pertandingan ini serta kejayaan menjulang trofi, tekanan memang sentiasa ada.
“Terdapat tekanan untuk memenangi setiap perlawanan. Anda perlu menerimanya dan menikmati cabaran itu,” katanya kepada wartawan hari ini.
Final Piala FA harapan terakhir Chelsea
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pengukuhan Parti Jadi Fokus Utama UMNO Beaufort, Yakin Terus Relevan
- Pemuda UMNO Pulau Pinang, Kedah Desak Tindakan Tegas Hina Sahabat Nabi
- ‘Perkasa Jentera Dengan Kemahiran AI, Kuasai Algoritma Media Sosial’
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.