Jerman mungkin perbaharui atau mansuhkan undang-undang kanabis di bawah konservatif
Jerman mungkin perbaharui atau mansuhkan undang-undang kanabis di bawah konservatif

BERLIN: Sebahagian daripada kebenaran kanabis dari segi undang-undang untuk tujuan rekreasi di Jerman berkemungkinan diubah atau dibatalkan sepenuhnya susulan kemenangan blok konservatif CDU/CSU dalam pilihan raya minggu lalu, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Pakatan berhaluan tengah-kanan itu, yang terdiri daripada Kesatuan Demokratik Kristian (CDU) dan Kesatuan Sosial Kristian (CSU) yang hanya beroperasi di Bavaria, dijangka menerajui pentadbiran baharu di Berlin dan telah berkempen untuk membatalkan undang-undang yang mengawal selia penjualan serta penggunaan kanabis.
“Kami akan melakukan segala yang termampu untuk menghentikan kesan negatif pembenaran kanabis, memerangi jenayah berkaitan dadah dan memperkukuh perlindungan terhadap golongan bawah umur,” kata pakar dasar undang-undang CDU, Günter Krings, kepada dpa dalam kenyataan pada Ahad.
Jurucakap dasar kesihatan CDU/CSU, Tino Sorge, turut menyifatkan undang-undang kanabis yang dilaksanakan pentadbiran sebelum ini sebagai “kesilapan berbahaya” dan menegaskan ia perlu “dibatalkan”.
Bagaimanapun, beliau tidak dapat meramalkan bentuk undang-undang baharu kerana ia bergantung pada komposisi kerajaan yang sedang dibentuk.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ahmad Terrirudin Manjadi Mantan Peguam Negara Pertama Yang Bakal Di Heret Ke Mahkamah
- Mungkinkah Najib Akan Menjadi Perdana Menteri Kali Kedua?
Selepas bertahun-tahun membincangkan kelebihan dan risiko kebenaran kanabis, pada tahun lalu Parlimen Jerman meluluskan undang-undang penting yang membenarkan individu dewasa memiliki sehingga 25 gram kanabis untuk kegunaan peribadi di tempat awam.
Di samping itu, penanaman tiga pokok kanabis hidup dibenarkan, dengan pemilikan sehingga 50 gram kanabis untuk kegunaan peribadi turut dibolehkan di rumah.
Bagaimanapun, menghisap rokok kanabis dilarang di sekolah, kemudahan sukan dan dalam radius 100 meter dari tempat awam lain.
Jerman mungkin perbaharui atau mansuhkan undang-undang kanabis di bawah konservatif
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Di Mana Penghujungnya Perang Antara Mahathir Dan Anwar
- UMNO Mesti Lebih Berhati-Hati Dengan Sikap DAP
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.