Wanita pertama di dunia dipercayai sembuh daripada virus HIV

Wanita pertama di dunia dipercayai sembuh daripada virus HIV

DENVER: Seorang pesakit di Amerika Syarikat (AS) dipercayai menjadi orang ketiga di dunia dan wanita pertama yang sembuh daripada serangan virus HIV.

Pesakit itu sedang menerima rawatan masalah leukemia yang dihadapinya dan kini menerima pemindahan sel stem daripada seseorang yang mempunyai ketahanan semula jadi terhadap virus penyebab Aids itu.



Wanita itu kini bebas daripada virus HIV selama 14 bulan, namun pakar mengatakan kaedah pemindahan, yang membabitkan darah tali pusat, terlalu berisiko untuk tidak sesuai untuk kebanyakan penghidap HIV.

Kes pesakit itu dibentangkan pada persidangan perubatan di Denver pada Selasa lalu dan kali pertama kaedah ini diketahui digunakan sebagai penawar berfungsi untuk HIV.

Pesakit menerima pemindahan darah tali pusat sebagai sebahagian daripada rawatan kanser dan sejak itu tidak perlu mengambil terapi antiretroviral yang diperlukan untuk merawat HIV.

Kes itu adalah sebahagian daripada kajian AS yang lebih besar mengenai orang hidup dengan HIV yang menerima pemindahan darah jenis sama untuk merawat kanser dan penyakit serius.



Sel yang dipindahkan dipilih kerana penderma mempunyai mutasi genetik tertentu, di mana penerima tidak boleh dijangkiti virus HIV.

Saintis percaya sistem imunisasi penerima boleh membina daya tahan terhadap HIV.

Semua cerita penawar HIV benar-benar luar biasa dan memberi harapan kepada pengidap penyakit itu yang perlu diraikan kerana ia terbukti boleh dilakukan.

Pendekatan terbaru itu membawa kita lebih dekat kepada penawar untuk 37 juta orang yang hidup dengan HIV, kebanyakannya tinggal di sub-Sahara Afrika.



Potensi pemindahan sel stem dilakukan pada 2007 apabila Timothy Ray Brown menjadi orang pertama yang ‘disembuhkan’ daripada HIV.

Beliau menjalani pemindahan daripada penderma yang secara semula jadi tahan terhadap HIV.

Sejak itu, prosedur berkenaan hanya diulang dua kali dengan Adam Castillejo dan kini pesakit di New York.

Ketiga-tiga mereka menghidap kanser dan memerlukan pemindahan sel stem untuk menyelamatkan nyawa.



Asalnya, rawatan bukan untuk menyembuhkan HIV mereka kerana terapi itu terlalu berisiko bagi digunakan pada semua orang dengan HIV.

Rawatan wanita itu membabitkan darah tali pusat, tidak seperti dua kes yang diketahui sebelum ini, di mana pesakit menerima sel stem dewasa sebagai sebahagian daripada pemindahan sumsum tulang.

Darah tali pusat tersedia secara meluas berbanding sel stem dewasa yang digunakan sebelum ini dan ia tidak memerlukan padanan yang rapat antara penderma dan penerima.

Presiden Persatuan Aids Antarabangsa, Sharon Lewin, mengingatkan bahawa kaedah pemindahan yang digunakan dalam kes ini tidak berpotensi menyembuhkan kebanyakan orang yang hidup dengan HIV.



Namun, tambah beliau, kes itu mengesahkan kemungkinan penawar untuk HIV dan mengukuhkan lagi penggunaan terapi gen sebagai strategi yang berdaya maju menjadi penawar HIV. BH

Wanita pertama di dunia dipercayai sembuh daripada virus HIV


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




SPRM tahan pengarah jabatan lulus tiket penerbangan anak isteri

Khemah kenduri kahwin halang pintu rumah jiran

Twin Jets Resort Berkonsepkan Kapal Terbang Bakal Dibuka Tak Lama Lagi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker