‘Cari duit makan la tu’

“Cari duit makan la tu.”

Demikian kenyataan seolah-olah seperti satu tohmahan terhadap pasukan polis oleh seorang pengguna TikTok ketika pasukan penguat kuasa itu sedang melakukan sekatan jalan raya.

Pengguna terbabit memuat naik sebuah video berdurasi 39 saat dalam aplikasi media sosial berkenaan semalam sebelum meraih perhatian pelayar lain serta menerima lebih 1,000 komen.

Video berkenaan memaparkan sekatan jalan raya sedang dijalankan oleh polis trafik apabila terdapat kon diletakkan di atas garisan pemisah lorong serta tiga buah kenderaan jenis Mitsubishi Outlander, Proton X70 dan Mitsubishi Lancer.



Selain itu turut kelihatan seorang pegawai dan lima anggota sedang bertugas serta tiga buah kenderaan jenis Honda Civic, Toyota Corolla dan sebuah lori sedang diperiksa di bahagian bahu jalan.

Bagaimanapun lokasi dan waktu sekatan jalan raya berkenaan dilakukan tidak dapat dikenal pasti.

Sementara itu, rata-rata reaksi pengguna lain mengecam tindakan memuat naik video berkenaan dan menyifatkannya sebagai menghina penjaga keselamatan negara.

“@POLISDIRAJAMALAYSIA_OFFICIAL tengok sikit apa dia tulis tu,” kata Muhammad Iqbal.



“Ini jenis manusia yang suka hebah fitnah. Kami sebagai anggota awam melaksanakan tugas yang diamanahkan. Jangan sampai orang lain tak akan maafkan anda,” balas @shamim kepada Muhammad komen Muhammad Iqbal.

“Tahniah Seksyen 233 Akta SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) 1998 menanti. Seksyen 500 KK (Kanun Keseksaan) pun menanti,” komen hafizrahman2782.

“Cuba bapa kau ke mak kau anggota polis, lepas itu orang cakap macam ini depan kau, apa kau akan rasa,” tempelak SyieraNabila.

“Cantik statement bang. Jangan sampai termakan diri dengan statement tu. Orang buat kerja salah, tak buat kerja salah,” selar daniesya85. Utusan



‘Cari duit makan la tu’


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ajal dijemput ketika sujud solat Dhuha

Valentino Rossi beli nasi goreng di warung

UMNO tak takut saya, tak tahulah – Hamzah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker