Jangan kacau orang yang mahu vaksinkan anak – Khairy

Jangan kacau orang yang mahu vaksinkan anak – Khairy

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin memberi amaran agar tiada pihak yang mengganggu golongan ibu bapa yang mahu memberikan vaksin Covid-19 kepada anak-anak mereka.

Katanya, liputan dan pendaftaran program imunisasi Covid-19 Kebangsaan kanak-kanak (PICKids) semakin meningkat.

“Liputan dan pendaftaran #PICKids semakin meningkat. Alhamdulillah ibu bapa mahu memberi perlindungan kepada anak.

“Walaupun ada yang sebar fitnah anak saya dicucuk angin, semakin ramai ibu bapa yakin dengan vaksin.

“Jangan kacau orang lain yang nak vaksinkan anak mereka,” katanya menerusi ciapan di Twitter, hari ini.

Liputan dan pendaftaran #PICKids semakin meningkat. Alhamdulillah ibu bapa mahu memberi perlindungan kepada anak. Walaupun ada yang sebar fitnah anak saya dicucuk angin, semakin ramai ibu bapa yakin dengan vaksin. Jangan kacau orang lain yang nak vaksinkan anak mereka.

Khairy yang juga anggota Parlimen Rembau turut memuat naik graf perbandingan pendaftaran vaksin bagi kanak-kanak mengikut peratusan negeri.

Secara keseluruhan seramai 892,974 orang sudah mendaftar dengan jumlah tertinggi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan 52 peratus, manakala pendaftaran tercorot direkodkan di negeri Kelantan dengan hanya tujuh peratus yang berbuat demikian setakat ini. Mk

Jangan kacau orang yang mahu vaksinkan anak – Khairy


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ajal dijemput ketika sujud solat Dhuha

Valentino Rossi beli nasi goreng di warung

UMNO tak takut saya, tak tahulah – Hamzah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker