Leka Sangat Bermain Gajet Boleh Sebabkan Terbantut Ghairah Seks..Cuba Elak 6 Punca Ini

Leka Sangat Bermain Gajet Boleh Sebabkan Terbantut Ghairah Seks..Cuba Elak 6 Punca Ini

SEIRING dengan perkembangan semasa serta kesibukan masing-masing, kebanyakan pasangan kurang memberi perhatian antara satu sama lain sehingga ia mempengaruhi kegiatan seks mereka.

Walaupun sebenarnya keghairahan melakukan seks boleh datang secara tiba-tiba, ia tidak semestinya memberikan kepuasan 100 peratus kepada pasangan.

Kebiasaannya, ia berpunca daripada kegiatan harian yang boleh berlaku kepada kaum lelaki atau perempuan. Walaupun pelbagai kajian telah dilakukan, orang ramai masih memandang enteng tentang gejala ini.

1. Agenda harian terlalu padat

Kesibukan dan keletihan adalah dua perkara yang tidak dapat dipisahkan ketika bergelar pekerja, kerana seseorang itu perlu bekerja demi kelangsungan hidup disamping mengumpul wang simpanan.

Akan tetapi, itu tidak bermakna anda tidak mempunyai masa untuk menjaga kesihatan atau mempunyai ‘me time’ kepada diri sendiri.

“Tidak menjalani kehidupan yang seimbang dan sentiasa berhadapan dengan tekanan kerja, sebenarnya boleh mengubah sistem hormon dalam badan,” kata Ahli Terapi Perhubungan dan Pengasas Komuniti Relation Up, Rhonda Milrad.

2. Berjaga lewat malam

Jadual aktiviti yang terlalu padat boleh terdedah kepada tekanan dan keletihan, begitu juga apabila agenda terlalu longgar, anda akan kurang menguruskan masa sehingga terpaksa berjaga malam.

Tanpa disedari, aktiviti berjaga malam telah menjadi rutin harian bahkan ada yang sanggup tidak tidur hingga ke pagi.

Dalam pada itu, wanita yang mengalami masalah tidur sering keberatan untuk melakukan hubungan intim, begitu juga dengan lelaki diusia tua sering berdengkur hanya mengakibatkan kepuasan seksual berkurangan.

3. Sibuk dengan telefon bimbit

Tanpa disedari, telefon bimbit atau gajet lain sebenarnya akan mewujudkan jarak antara anda dan pasangan.

Lebih membahayakan, penggunaan telefon pintar melebihi had masa yang ditetapkan boleh meningkatkan tekanan pada diri seseorang itu.

Oleh kerana itu, apabila anda dan pasangan sudah berada di tempat tidur, cuba elakkan bermain telefon bimbit.

4. Terlalu banyak menonton bahan lucah

Secara teorinya, video lucah hanya dijadikan rujukan dan sekadar penambah kepuasan seks untuk seseorang yang tidak memiliki pasangan.

Perlu diketahui, jika kerap menonton siaran lucah disamping melakukan masturbasi, ia akan menburukkan kesihatan disamping had pengeluaran air mani melebihi kadar maksimum seharian.

Kegiatan itu juga boleh menyebabkan keinginan melakukan hubungan intim dan kualiti aset lelaki dan wanita menjadi rendah, malah sistem hormon turut tidak terkawal.

5. Makan lewat malam

Apabila seseorang itu sering mengamalkan makan ketika lewat malam, ia akan melambatkan aktiviti pencernaan.

Hal ini kerana tenaga badan akan lebih tertumpu kepada penghadaman makanan sehingga keinginan seks semakin pudar.

Bagaimananpun, mereka yang memiliki pasangan disarankan untuk makan malam lebih awal disamping mengelakkan makanan terlalu pedas dan masin agar aktiviti diatas katil tidak terganggu.

6. Minum minuman beralkohol

Pengambilan alkohol adalah haram dalam kalangan umat Islam dan ia bukan tabiat yang baik kerana boleh menyebabkan dorongan seks menurun.

Kajian menunjukkan wanita yang meminum alkohol akan mengalami tahap dorongan seks yang lebih rendah.

Manakala golongan lelaki, minuman beralkohol akan memberikan kesan negatif terhadap peredaran hormon yang berkaitan dengan sistem pembiakan.

Leka Sangat Bermain Gajet Boleh Sebabkan Terbantut Ghairah Seks..Cuba Elak 6 Punca Ini

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ajal dijemput ketika sujud solat Dhuha

Valentino Rossi beli nasi goreng di warung

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker