Tuduhan melampau – Ebit Lew

Tuduhan melampau – Ebit Lew

TENOM – Pendakwah terkenal, Ebit Lew mendakwa pertuduhan yang dikenakan terhadapnya adalah tidak berasas dan melampau selain bertujuan mahu menjatuhkan kredibiliti beliau.

Dakwanya lagi, pertuduhan yang dihadapi di mahkamah pada Jumaat adalah dirancang oleh kumpulan tertentu sejak sekian lama.

“Saya melihat pertuduhan ini satu pertuduhan yang tidak berasas, melampau dan memang tujuan utamanya saya nampak untuk menjatuhkan kredibiliti saya dan supaya saya nampak saya dihina, direndahkan dan supaya saya menghentikan kerja-kerja membantu.

“Saya percaya ia dilakukan oleh satu kumpulan yang merancang bukan satu dua hari untuk mengenakan saya,” katanya ketika ditemui pemberita selepas hadir di Mahkamah Litar, di sini, pada Jumaat.

Beliau memaklumkan terkejut apabila mengetahui akan berhadapan dengan pertuduhan di mahkamah ketika sedang melakukan kerja amal di negeri ini.

“Saya tahu beberapa hari lalu, saya pun terkejut juga masih dalam sedang melakukan kerja amal di Sabah 40 hari. Tiba-tiba saya dapat tahu terkejut juga kerana bukan perancangan untuk ke mahkamah, tidak ada.

“Tetapi saya tak rasa apa sebab saya tahu saya tidak bersalah dan saya yakin ini perancangan ramai orang dari dulu lagi macam-macam gangguan terhadap kerja amal.

“Saya reda dan saya anggap ini ujian daripada ALLAH untuk saya. Saya rasa tenang melaluinya kena pula kita tengah buat kerja amal,” katanya.

Beliau dalam pada itu memaklumkan menyerahkan semuanya kepada peguam dan akan melalui proses di mahkamah sehingga selesai.

Sebelum itu, Ebit didakwa di Mahkamah Litar, Tenom atas 11 pertuduhan berkaitan gangguan seksual.

Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan terhadapnya. Sinar

Tuduhan melampau – Ebit Lew


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ibu Puteri Balqis hisap dadah, ini penjelasannya

Saman Ali Puteh terhadap balu Arwah Abam, keputusan Jumaat ini

BERSATU Memang Berhasrat Bunuh UMNO

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker