Ibu Puteri Balqis hisap dadah, ini penjelasannya



Ibu Puteri Balqis hisap dadah, ini penjelasannya

Menjadi tanggungjawab seorang anak untuk sentiasa berada di samping ibu pada ketika susah dan senang.

Itulah yang dilakukan pelakon Puteri Balqis meskipun segelintir pihak berasa dirinya dipergunakan ibu, Norashikin Mohd. Aziz yang turut dituduh berdepan dengan masalah ketagihan dadah.

Tegas Balqis atau nama sebenarnya, Puteri Balqis Azizi, 15, walau apapun yang terjadi, menjadi tugasnya untuk sentiasa berada di sisi ibu dan lantang mempertahankan syurganya itu.

“Sebab dia ibu kan. Ibu saya dikecam satu Malaysia, saya seorang sahaja yang akan mempertahankan dia. Siapa lagi.




“Kalau nak harapkan orang lain sebenarnya, ada sahabat-sahabat yang sentiasa berada dengan kami tapi mereka tak nak dengar.

“Jadi, saya yang akan lantangkan suara untuk ibu dan apabila ibu menulis, saya yang angkat kata-kata indah ibu sebab saya anak dia,” katanya kepada Kosmo! Online baru-baru ini.

Menjawab tentang tuduhan melulu orang ramai bahawa ibunya seorang penagih dadah, Pelakon Wanita Terbaik Drama di Anugerah Televisyen Asia 2014 itu menafikan perkara tersebut.

“Apabila mereka cakap tentang addiction (ketagihan dadah) apa semua, saya cuma boleh cakap, ibu dari dulu orangnya memang kurus.

“Masalah metabolisme. Jadi, memang tiada kena mengena dengan addiction. Kalau bercakap dengan ibu, orangnya sangat indah. Kata-kata yang keluar dari mulutnya sangat poetic (berpuisi).




“Jauh beza kalau nak disamakan dengan addiction. Sejak bila? Dan fitnah itu besar tapi saya tak boleh tutup mulut orang,” getusnya.

Sehubungan itu, pelakon drama Akulah Balqis itu berkata, selari dengan kematangan hidup, dialah ‘suara’ buat ibunya yang semakin hari, semakin dimamah usia.

“Saya akan lantangkan suara apabila netizen cakap, tak usah pertahankan ibu sangatlah, menjengkelkan dan sebagainya. Saya nak tanya, siapa lagi nak pertahankan kalau bukan saya?

“Saya sahaja yang ada dan saya akan terus pertahankan ibu. Saya tak nak jadi Aqish yang dulu, yang gagal untuk pertahankan ibu kerana itu satu kesilapan besar.

“Jadi sekarang ini, saya tak kisah apa orang nak cakap, annoying (menjengkelkan) ke, itu ibu saya,” katanya. K Online




Ibu Puteri Balqis hisap dadah, ini penjelasannya


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


SPRM tahan pengarah jabatan lulus tiket penerbangan anak isteri

Khemah kenduri kahwin halang pintu rumah jiran

Twin Jets Resort Berkonsepkan Kapal Terbang Bakal Dibuka Tak Lama Lagi



Leave a Reply

Your email address will not be published.