Mahathir Tidak Ada Modal Lain… Kleptokrat, Kluster Mahkamah Tiada Kaitan PRN – Sharkar

Mahathir Tidak Ada Modal Lain… Kleptokrat, Kluster Mahkamah Tiada Kaitan PRN – Sharkar

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berpandangan surat terbuka yang diberikan Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad kepada rakyat Johor untuk tidak mengundi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor adalah suatu tindakan yang terdesak.

Katanya, ini kerana PRN ini adalah untuk menentukan kepimpinan di peringkat negeri dan tidak ada kaitan dengan pemimpin UMNO terutama yang menghadapi kes mahkamah terlibat pada pilihan raya ini.

“Saya kira ini yang dipanggil sebagai tindakan terdesak kerana tidak ada modal lain, ini adalah cara lama balik-balik kleptokrat yang mana tidak ada kena mengena.

“Tidak ada kaitan pun dengan kluster mahkamah kerana telah ditetapkan poster boy kita adalah Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri iaitu Datuk Seri Hasni Mohammad.

“Saya kira kita kena faham bahawa negeri dan pusat ini adalah dua Perlembagaan yang berbeza malah di negeri boleh jadi pembangkang manakala di pusat boleh jadi kerajaan kerana ini adalah pilihan rakyat,” katanya ketika ditemui UMNO Online.

Jelas Ketua UMNO Bahagian Temerloh itu lagi nasihat yang diberikan oleh Tun Mahathir adalah tidak relevan kerana rakyat kini sudah bijak menilai untuk memilih pemimpin atau parti yang mempunyai kredibiliti dalam memimpin negeri.

“Perkara yang paling penting adalah bahawa pengundi mengetahui parti yang benar-benar menjalankan tugas dan tanggungjawab untuk mentadbir Johor.

“PRN ini adalah di antara parti-parti yang bertanding iaitu BN yang diketuai oleh Hasni Mohammad serta parti lain iaitu PH (Pakatan Harapan) PN (Perikatan Nasional).

“Pada saya apa yang diceritakan itu adalah perkara lama kerana rakyat mahu tahu cerita baharu mengenai pembangunan negara, wawasan kalau parti dia menang,” ujar beliau.

Terdahulu, Tun Mahathir menerusi surat tersebut menyebut bahawa PRN Johor ini dirancang kumpulan yang dikenali sebagai kluster mahkamah dan kleptokrat dari UMNO.

Beliau juga turut memaklumkan bahawa Pejuang menyertai PRN Johor dan akan berusaha untuk menyekat kemenangan BN. – UMNO Online

Oleh: Nurul Saadah Latib

Mahathir Tidak Ada Modal Lain… Kleptokrat, Kluster Mahkamah Tiada Kaitan PRN – Sharkar

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ajal dijemput ketika sujud solat Dhuha

Valentino Rossi beli nasi goreng di warung

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker