Gajah Mati Terduduk Ditemukan Dipercayai Makan Baja Tumbuhan

Gajah Mati Terduduk Ditemukan Dipercayai Makan Baja Tumbuhan

ALOR SETAR: Gajah betina dianggarkan seberat dua tan yang ditemukan mati di tepi Jalan Empangan Pedu berdekatan Kampung Pinang, Pedu di Padang Terap semalam disyaki termakan baja tumbuhan.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kedah Jamalul Nasir Ibrahim berkata ia berdasarkan pandangan fizikal pihaknya yang mendapati najis gajah itu berdarah.



“Namun, untuk kita tahu punca sebenar gajah ini mati sebab apa, perlu tunggu keputusan penuh daripada pasukan forensik ibu pejabat Jabatan Perhilitan. Sampel gajah ini telah diambil untuk siasatan lanjut dan dibawa ke makmal di Kuala Lumpur,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Jamalul Nasir berkata pengamatan pihaknya di sekitar kawasan itu mendapati terdapat stor penyimpanan baja tidak teratur dan berisiko terdedah kepada haiwan yang berkeliaran di situ.

“Jadi, saya berharap petani dan penduduk di kawasan sekitar itu dapat memastikan stor penyimpanan baja sentiasa dalam keadaan teratur dan selamat supaya tidak memudaratkan haiwan,” katanya.

Beliau berkata bangkai gajah itu telah ditanam di satu lokasi berdekatan haiwan itu ditemukan mati kira-kira 8.30 malam tadi.

Semalam, media melaporkan gajah itu ditemukan mati oleh penduduk yang keluar menoreh getah sebelum menghubungi Jabatan Perhilitan kira-kira 8.30 pagi untuk tindakan lanjut.– BERNAMA



Gajah Mati Terduduk Ditemukan Dipercayai Makan Baja Tumbuhan

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ajal dijemput ketika sujud solat Dhuha



Valentino Rossi beli nasi goreng di warung

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker