Nombor plat advance cetus tanda tanya, Ini jawapan JPJ

Sebuah kereta dengan plat BRC tular dalam media sosial sebenarnya memiliki nombor yang sah. – Foto media sosial

PUTRAJAYA: Gambar tular me­maparkan sebuah kereta bernombor pendaftaran BRC yang belum lagi dibuka kepada awam disahkan sebagai bukan kenderaan curi atau plat palsu.

Sebaliknya, sumber Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memaklumkan bahawa plat itu yang dianggap advance adalah sah, malahan ada dalam rekod agensi tersebut.

“Ya, ia bukan pun kereta curi yang dilaporkan hilang atau pun nombor plat palsu konon digunakan pihak ter­tentu tetapi BRC itu memang dia dapat secara advance,” katanya ketika dihubungi.

Berdasarkan semakan JPJ, kenderaan itu dimiliki seorang lelaki tempatan yang beralamat di Melaka dengan cukai jalan tamat awal tahun depan.

Sumber itu bagaimanapun enggan mengulas bagaimana pemiliknya boleh memperoleh plat yang awal ke depan.

Sebaliknya, isu plat itu tertakluk kepada pertimbangan khas daripada JPJ sendiri dengan mengambil kira pelbagai sebab, namun ia tidak pula boleh didedahkan kepada awam.

Foto kenderaan berkenaan tular dikongsikan ramai pengguna media sosial yang dipercayai dirakamkan oleh pemandu lain di sekitar ibu negara beberapa hari lalu.

Ia mencetuskan kemarahan dan perasaan tidak puas hati dalam kalangan netizen terutama penduduk Selangor sendiri kerana ketika ini siri plat negeri tersebut pun baru melepasi BQU.

Utusan Malaysia pada 9 Februari lalu mendedahkan mengenai siri plat BRA akan mula dibuka untuk bidaan awam selepas tamat giliran BQY akhir April ini.

Menjelaskan lebih lanjut, difahamkan, huruf plat yang awal ke depan pernah berlaku di Johor pada akhir 1980-an lalu apabila penduduk negeri itu gempar dengan kenderaan bersiri khas JTM.

Ia dimiliki kerabat Johor, tetapi isu berkenaan telah mencetuskan kontroversi se­ketika kerana pada masa itu, siri plat semasa negeri tersebut baru mencapai JBC. – UTUSAN


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


SPRM tahan pengarah jabatan lulus tiket penerbangan anak isteri

Khemah kenduri kahwin halang pintu rumah jiran

Twin Jets Resort Berkonsepkan Kapal Terbang Bakal Dibuka Tak Lama Lagi

Related Articles

2 Comments

  1. no plet advance BRC tu beli atas talian tuan, dalam sistem ebida jpj. bulan lepas saya pon dah beli 1 unit no BRC ni..

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker