Kegunaan katil ICU 2 negeri melebihi 50 peratus

Kegunaan katil ICU 2 negeri melebihi 50 peratus

Dua negeri menunjukkan penggunaan katil di wad unit rawatan rapi (ICU) bagi pesakit COVID-19 melebihi 50 peratus.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata negeri berkenaan ialah Johor yang kini sudah menggunakan 63 peratus daripada 46 katil wad ICU yang diperuntukkan untuk pesakit COVID-19.

“Selain itu di Kuala Lumpur, bilangan katil di wad ICU ada 22 katil dan peratusan pengisiannya kini sudah mencapai 50 peratus,” katanya dalam kenyataan hari ini.



Dr Noor Hisham berkata, selain itu terdapat lapan negeri yang sudah melebihi 50 peratus pengisian katil bagi wad bukan ICU.

“Negeri berkenaan ialah Selangor (100 peratus), Kelantan (84 peratus), Perak (87 peratus), Perlis (80 peratus), Sabah (82 peratus), Putrajaya (86 peratus), Johor (86 peratus) dan Kuala Lumpur (84 peratus).

“Bagi katil di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) beberapa negeri menunjukkan pengisian melebihi 50 peratus.

“Negeri berkenaan membabitkan Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sabah, Johor, Kedah dan Perak,” katanya.



Dr Noor Hisham berkata, bagi pesakit COVID-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan sehingga kini terdapat 4.05 peratus penggunaan alatan berkenaan.

“Jika termasuk kes bukan COVID-19, penggunaannya adalah 37 peratus daripada jumlah keseluruhan 2,867 alat bantuan pernafasan di negara ini,” katanya. BH

Kegunaan katil ICU 2 negeri melebihi 50 peratus


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


SPRM tahan pengarah jabatan lulus tiket penerbangan anak isteri

Khemah kenduri kahwin halang pintu rumah jiran

Twin Jets Resort Berkonsepkan Kapal Terbang Bakal Dibuka Tak Lama Lagi

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker