Mazlan sahkan terima tawaran masuk Warisan

Mazlan sahkan terima tawaran masuk Warisan

Bekas Ketua Bersatu Bahagian Tebrau, Mazlan Bujang mengesahkan menerima tawaran untuk menyertai Warisan, namun mengambil pendekatan “tunggu dan lihat”.

“Memang ada (terima tawaran) tetapi saya masih tunggu dan lihat…tengok keadaan macam mana,” kata bekas ADUN Puteri Wangsa.



Desas-desus mengenai penyertaan bekas ADUN Puteri Wangsa dalam Warisan hangat diperkatakan selepas gambar beliau dikatakan tersiar seketika pada skrin besar di majlis pelancaran Warisan di Johor pada Selasa.

Mazlan mengesahkan kepada FMT bahawa memang beliau menghadiri majlis itu.

“Saya dulu kawan lama dengan dia (Shafie) dalam Umno…saya dijemput, saya datanglah sebagai kawan. Masuk tak masuk (Warisan) itu nombor dua,” katanya.

Menjawab dakwaan beliau meninggalkan Bersatu kerana ditawarkan jawatan atau pencalonan oleh Umno, Mazlan menepisnya sebagai kenyataan yang tidak bertanggungjawab.



“Oh tidak tidak… saya takkan sertai Umno. Saya nak tolak tohmahan kononnya saya keluar (Bersatu), Umno yang bagi duit,” katanya.

Mazlan mendedahkan dia dilayan seperti lawan oleh rakan separti hanya kerana berani dan kerap menyuarakan pandangan dalam mesyuarat parti.

“Saya bukan ‘yes man’ dari dulu…bila kita bangkang, mula lah dianak tirikan seolah-olah kita ni musuh pula,” katanya.

Pada 27 Jan, Mazlan mengumumkan keluar Bersatu berkuatkuasa serta-merta bersama 23 individu lain termasuk yang memegang jawatan sebagai ketua cawangan dan Ahli Jawatankuasa Bersatu Tebrau.



Mazlan berkata beliau tidak akan menyertai mana-mana parti politik buat masa ini namun akan memberi sokongan kepada Umno dan Barisan Nasional. FMT

Mazlan sahkan terima tawaran masuk Warisan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Ibu Puteri Balqis hisap dadah, ini penjelasannya

Saman Ali Puteh terhadap balu Arwah Abam, keputusan Jumaat ini



BERSATU Memang Berhasrat Bunuh UMNO

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker