Hazwani Helmi akhirnya bersuara mengenai Shuib

Hazwani Helmi akhirnya bersuara mengenai Shuib

“Saya pun terkejut juga, tapi benda itu tak betul,” kata penyanyi, Hazwani Helmi ketika diminta mengulas mengenai berita mengaitkannya dengan pelakon dan pelawak, Shuib Sepahtu, baru-baru ini.

Hazwani ketika ditemui berkata, dia juga tidak mengenali Shuib secara peribadi dan hanya mengenalinya sebagai artis.



“Semasa berita itu tersebar, saya baru balik dari kelas dan ada orang ‘tag’ saya di Instagram. Saya kenal dia sebagai artis dan pelawak, tapi tak pernah mengenalinya secara peribadi,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Hazwani, dia kini memberi tumpuan kepada pelajaran memandangkan dia masih lagi menuntut di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dalam bidang psikologi.

“Jauh lagi perjalanan saya. Sekarang saya nak habiskan pengajian saya dalam bidang psikologi. Insya-Allah, Ogos nanti saya akan tamat belajar,” katanya.

Terbaru, Hazwani bakal membintangi filem bercorak perjuangan di Palestin berjudul Road to Heaven dan akan bergandingan dengan kakaknya, Datin Seri Heliza Helmi dan Josiah Lim.



Terdahulu, Shuib pernah ditanya beberapa media mengenai hubungan cintanya dan dikaitkan dengan beberapa nama wanita antaranya Hazwani dan penyanyi, Siti Nordiana. HM

Hazwani Helmi akhirnya bersuara mengenai Shuib


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




SPRM tahan pengarah jabatan lulus tiket penerbangan anak isteri

Khemah kenduri kahwin halang pintu rumah jiran



Twin Jets Resort Berkonsepkan Kapal Terbang Bakal Dibuka Tak Lama Lagi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker