Pemilik kedai emas disamun ketika berhenti isi minyak (Video)

Pemilik kedai emas disamun ketika berhenti isi minyak (Video)

PORT DICKSON – Seorang pemilik kedai emas kena samun oleh lima lelaki bersenjatakan parang dalam kejadian di sebuah stesen minyak di Lukut, pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, kejadian kira-kira jam 10.15 pagi itu berlaku ketika mangsa berusia 50 tahun berhenti untuk mengisi minyak.

“Sebuah Myvi dan Honda CRV telah menghalang kereta mangsa dari arah hadapan dan belakang.

“Suspek kemudian telah mengambil tiga buah beg berisi barang kemas, sebuah telefon bimbit, wang tunai dan dokumen peribadi milik mangsa sebelum melarikan diri,” katanya dalam satu kenyataan kepada media pada Rabu.

Sebilah parang ditemui dalam kenderaan suspek yang terbalik.

Menurutnya, mangsa telah mengejar dan menghimpit Honda CRV warna hitam dinaiki suspek hingga menyebabkannya hilang kawalan dan terbabas di bahu jalan.

Katanya, suspek bagaimanapun berjaya melarikan diri dan mangsa cedera di tangan akibat terkena parang.

“Dua buah beg barang kemas yang dilarikan telah dijumpai semula di dalam Honda CRV yang terbalik di hadapan deretan kedai.

“Siasatan lanjut menemui dua bilah parang dan satu walkie talkie yang dipercayai digunakan oleh suspek dalam kejadian itu,” katanya.

Aidi Sham berkata, hasil semakan nombor casis Honda CRV terbabit juga mendapati ia adalah kenderaan yang dilaporkan hilang dan disamun pada 25 November tahun lalu di Sri Hartamas, Kuala Lumpur.

Menurutnya, polis percaya suspek mengalami kecederaan namun berjaya meloloskan diri.

“Usaha mengesan suspek yang terlibat giat dijalankan dan orang awam atau saksi yang mempunyai sebarang maklumat tentang kejadian diminta membantu siasatan.

“Maklumat boleh disalurkan kepada pegawai penyiasat, Inspektor Fatiha Nur Hamidus di talian 013-6217365 atau Hotline Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson di talian 06-6462999,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 394 kanun Keseksaan.

Pemilik kedai emas disamun ketika berhenti isi minyak (Video)


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


SPRM tahan pengarah jabatan lulus tiket penerbangan anak isteri

Khemah kenduri kahwin halang pintu rumah jiran

Twin Jets Resort Berkonsepkan Kapal Terbang Bakal Dibuka Tak Lama Lagi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker