Enam doktor pakar gagal kesan penyakit saya – Ustaz Kazim



Enam doktor pakar gagal kesan penyakit saya – Ustaz Kazim

Pendakwah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim memberitahu enam doktor pakar hospital swasta gagal mengesan penyakit misteri yang dialaminya sejak Oktober lalu.

Beliau berkata, semua prosedur rawatan moden telah dilaluinya seperti melakukan prosedur Imbasan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI), diambil darah dan sampel spesimen untuk pemeriksaan terperinci.

Malah jelas Ustaz Kazim, kakinya yang bengkak juga telah menjalani pembedahan namun tiada darah dan nanah yang dikesan di bahagian anggota badan itu.

“Alhamdulillah, saya masih meneruskan rawatan di hospital setakat ini dengan enam doktor pakar untuk merawat saya. Mereka sampai sekarang tidak dapat mengenal pasti penyakit yang saya hadapi.




“Memang jawapan yang saya dapat setiap kali buat rawatan dan jangka. Saya ikut prosedur mereka semua untuk buat MRI, ambil darah dan sampel spesimen.

“Jadi bila mengatakan tidak ada penyakit dan tidak diketahui tidak ada masalah, saya okey dan teruskan dengan rawatan alternatif dan masih meneruskan rawatan itu ketika ini.

“Dengan doktor pakar saya tetap buat rawatan dan ada lagi pemeriksaan minggu depan di Hospital Pakar Ipoh,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan produk susu kambing Faa-iz keluaran Al- Faizin Marketing di Komplels Islam Darul Faazin (KiDaF) di sini malam tadi.

Turut hadir, Pengerusi KIDaF, Ustaz Jafri Abu [email protected]




Beliau ditanya tahap kesihatan terkininya selepas mengakui berada dalam keadaan kurang sihat dipercayai terkena penyakit ain iaitu pandangan mata yang disertai iri hati atau dengki pada November tahun lalu.

Berita tersebut dimaklumkan menerusi perkongsian sebuah live video di laman Facebook termasuk menunjukkan wajahnya yang kelihatan sedikit berubah dan uzur.

Ustaz Kazim, 49, menambah, beliau menjalani rawatan moden bagi mengelak cakap-cakap negatif segelintir individu yang sering berprasangka buruk.

Tegasnya, justeru beliau kini meneruskan dengan rawatan alternatif namun masih lagi melakukan pemeriksaan berkala di hospital pakar.

“Saya takut bila saya tidak pergi ke rawatan moden, nanti ada yang cakap tidak jumpa doktor pakar dan ada pula yang beri tindak balas padahal saya sudah buat semua prosedur termasuk jalani pembedahan.




“Sebab itu, kaki saya bengkak dan benarkan doktor belah. Bila dibelah tidak ada darah dan nanah. Bukti video saya ada tetapi masalah hendak tunjuk kepada media takut dikatakan cari propa (propaganda).

“Itu yang berlaku dan bukan saya tidak serahkan kepada rawatan pakar. Ada video dirakam di mana kaki saya dibedah tidak ada darah padahal saya ini makan ubat cair darah dan bila luka sikit pun keluar darah banyak sebelum ini,” katanya.

Ustaz Kazim yang sering muncul dalam program dan forum agama Islam di kaca televisyen sebelum ini mendedahkan mengalami perubahan fizikal yang ketara pada wajah terutama bahagian mata dan bibir.

“Inilah dia, jadi tuan puan boleh tengok sendiri macam mana. Saya rasa wajah saya mungkin berubah 50 hingga 70 peratus daripada yang asal.

“Nampak lain kan? itulah sahaja yang dapat saya beritahu apabila orang bertanya tentang kesihatan saya, lihat mata dan hujung mata, lihat bibir dan bawah bibir. Habis jadi hitam,” katanya di dalam video tersebut.




Media pernah melaporkan tentang Ustaz Kazim yang berada dalam keadaan kurang sihat dipercayai terkena buatan orang. MG

Enam doktor pakar gagal kesan penyakit saya – Ustaz Kazim


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


SPRM tahan pengarah jabatan lulus tiket penerbangan anak isteri

Khemah kenduri kahwin halang pintu rumah jiran

Twin Jets Resort Berkonsepkan Kapal Terbang Bakal Dibuka Tak Lama Lagi



Leave a Reply

Your email address will not be published.