Penaja MUDA, selepas ‘kantoi’ ini jawapan Syed Saddiq

SHAH ALAM – Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan bahawa Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) tiada kaitan dengan tokoh korporat, Datuk Seri Kalimullah Hassan, namun mengakui mendapat tajaan pemberian 400 tablet daripada Pengerusi Yayasan ECM-Libra itu.

Tegasnya, bukan menjadi kesalahan baginya untuk mendapatkan tajaan daripada mana-mana pihak kerana ia tanggungjawab seorang wakil rakyat untuk membantu pengundinya.

“Kami bersikap telus, tidak takut untuk kongsikan perkara ini (penerimaan dana). Namanya Kalimullah dan memang datang (sumbangan tablet datang) daripada Yayasan ECM Libra. Kita tidak perlu takut kerana itu adalah bantuan kepada keluarga susah, bukan duit masuk poket saya.

“Resit diberikan, dikongsikan kepada media dan media sosial masing-masing sejak bulan Januari (2022). Jikalau ada yang kata semua yang tolong adalah orang-orang kaya, saya dah tunjuk RM1.8 juta sumbangan yang majoritinya datang daripada penyumbang-penyumbang kecil,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada Muda dibiayai mana-mana pihak termasuk tokoh korporat susulan tular videonya ‘tersasul’ menyebut nama Pengerusi Yayasan ECM-Libra itu mengenai tajaan pemberian 400 tablet untuk penduduk Muar, Johor.

Syed Saddiq turut menjelaskan majoriti dana yang diperoleh partinya adalah sumbangan kepada rakyat yang memerlukan termasuk mangsa bencana banjir akhir tahun lalu datangnya daripada orang awam.

“Mereka datang daripada keluarga besar dan miskin yang tidak ada peranti, tiada telefon, tiada laptop, terpaksa pinjam telefon ibu bapa atau abang dan kakak mereka supaya dapat menyertai kelas secara dalam talian.“Saya bertanggungjawab sebagai Ahli Parlimen Muar untuk cari tablet-tablet itu supaya mereka dapat meneruskan pendidikan dalam suasana yang baik.

“Adakah itu jenayah untuk membantu orang di kawasan saya?” soalnya. Syed Saddiq turut mencabar parti lain untuk mendedahkan sumbangan dana diterima mereka sebagai bukti ketelusan.

Penaja MUDA, selepas ‘kantoi’ ini jawapan Syed Saddiq


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


SPRM tahan pengarah jabatan lulus tiket penerbangan anak isteri

Khemah kenduri kahwin halang pintu rumah jiran

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker