Penguasa SPRM dipenjara 3 tahun, 2 sebatan seleweng RM25j

Penguasa SPRM dipenjara 3 tahun, 2 sebatan seleweng RM25j

Seorang penguasa kanan SPRM hari ini mengaku bersalah terhadap pertuduhan penyelewengan barang bukti melibatkan wang tunai AS$6.94 juta (RM25 juta) yang dikaitkan dengan satu kes rasuah besar.

Shahrum Nizam Baharuddin mengaku bersalah ketika pertuduhan pilihan dibacakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi ini.

Sehubungan dengan itu, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 3 tahun dan dua sebatan ke atas tertuduh.

Pada 4 Januari lalu, tertuduh yang berusia 40 tahun memohon untuk dibicarakan atas pertuduhan yang lebih berat (di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan) berkaitan penyelewengan bukti yang dikaitkan dengan kes membabitkan bekas ketua pengarah Pertubuhan Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Hasanah Abdul Hamid.

Berikutan Shahrum hari ini mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang lebih ringan di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan, dia kini hanya berdepan kemungkinan hukuman maksimum penjara lima tahun, sebat dan denda.

Untuk rekod, pertuduhan di bawah Seksyen 409 pula membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun, denda dan sebatan.

Hasanah pada 2018 didakwa atas tuduhan pecah amanah membabitkan wang RM50.4 juta milik kerajaan.

Berikutan itu SPRM merampas wang tunai dan barangan lain daripada wanita itu bagi membantu siasatan. Pada April tahun lalu, bagaimanapun, dia telah dilepas tanpa dibebaskan oleh mahkamah.

Susulan itu, Hasanah menuntut semula wang tunai yang dirampas oleh SPRM sebelum mendapati wang sebanyak RM25 juta telah lesap.

Semasa prosiding di hadapan hakim Suzana Hussin pagi ini, Shahrom mengesahkan fakta kes yang dibacakan oleh timbalan pendakwa raya, Ahmad Akram Gharib. Mk

Penguasa SPRM dipenjara 3 tahun, 2 sebatan seleweng RM25j


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ibu Puteri Balqis hisap dadah, ini penjelasannya

Saman Ali Puteh terhadap balu Arwah Abam, keputusan Jumaat ini

BERSATU Memang Berhasrat Bunuh UMNO

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker