Balu Arwah Abam BOCEY Menang Saman Fitnah Ali Puteh

Balu Arwah Abam BOCEY Menang Saman Fitnah Ali Puteh

Kontroversi panas yang membabitkan pelawak Ali Puteh dengan kakak iparnya, Siti Norhidayah Mohd Ali akhirnya terjawab apabila keputusan kes saman fitnah yang difailkan balu Allahyarham Abam Bocey itu berpihak kepadanya.

Hidayah ketika ditemui di Mahkamah Sesyen, di sini, berkata, dia berasa lega dan berharap orang ramai dapat mendoakan yang terbaik buat dia dan anak tunggalnya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey.



“Doakan yang baik-baik untuk saya dan anak saya. Alhamdulillah saya dah rasa lega,” katanya ringkas.

Sementara itu, peguam yang mewakili Hidayah dari Tetuan Ibrahim & Fuaadah, Mohamed Ibrahim Mohamad berkata, kemenangan itu sekali gus berjaya membersihkan nama serta reputasi keluarga Hidayah.

“Manakala, tuntutan kami terhadap Ali telah dibenarkan dengan kos juga, ganti rugi RM60,000 telah dipersetujui oleh mahkamah untuk dibayar kepada Hidayah.

“Kami percaya keputusan ini telah membersihkan kata-kata negatif yang dilemparkan kepada anak guam kami dan berharap selepas ini tiada lagi.



“Sebelum ini ada kenyataan dibuat seolah-olah ada pihak dianiaya oleh anak guam kami, tapi hari ini mahkamah telah menjelaskan bahawa tiada berlaku sebarang penganiayaan, sebaliknya yang dianiaya adalah anak guam kami,” katanya.

Kontroversi mula tercetus apabila Hidayah memfailkan saman terhadap Ali sekeluarga dengan jumlah terkumpul mencecah RM900,000.

Saman yang dibuat Hidayah itu antaranya menuduh Ali mengambil harta Abam Bocey dan harta anak yatim.

Antara tuduhan lain yang difailkan terhadapnya dan keluarga adalah tuntutan faraid, tuntutan hak penjagaan anak, tuntutan kereta dan sebagainya.



Pada 27 Ogos 2020 lalu, Ali memfailkan saman terhadap Hidayah dan jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman.

Allahyarham Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan disahkan meninggal dunia pada 10 Februari 2020.

Hidayah dan Abam melangsungkan perkahwinan di Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Sabak Bernam pada 8 Disember 2017.

Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia tiga tahun.-HM



Balu Arwah Abam BOCEY Menang Saman Fitnah Ali Puteh

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ibu Puteri Balqis hisap dadah, ini penjelasannya

Saman Ali Puteh terhadap balu Arwah Abam, keputusan Jumaat ini

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker