Batu nisan pun dicuri

Batu nisan jenis batu sungai boleh mencecah lebih RM450 satu set didakwa dicuri di Tanah Perkuburan Islam Mukim Tebrau, Johor Bahru.

Batu nisan pun dicuri

JOHOR BAHRU: Sebanyak 11 kubur di Tanah Perkuburan Islam Mukim Tebrau di Taman Istimewa, Pandan, “hilang” batu nisan dipercayai dicuri individu tidak bertanggungjawab untuk dijual semula.

Menerusi tinjauan di tanah perkuburan itu pagi tadi, kebanyakan batu nisan dicuri adalah jenis batu sungai yang harganya mencecah lebih RM450 bagi satu set.



Penggali kubur, Muhammad Izzul Hafiq Ramlan, 29, berkata terdapat beberapa waris yang menemuinya selepas terkejut melihat ketiadaan batu nisan ketika menziarahi kubur pada pagi raya seminggu lalu, sebelum ia tular di Facebook, sejak semalam.

Katanya, perkuburan di tanah wakaf itu tidak dikunci atas permintaan orang ramai terutama waris bagi memudahkan ia diziarahi, sekali gus terdedah kepada pencerobohan.

“Ada ramai (waris) mengadu ketika ziarah kubur pada pagi raya batu nisan (ahli keluarga) hilang, kita tidak boleh buat apa kerana kubur ini tanah wakaf dan pada waktu malam juga tiada siapa jaga.

“Kita syak kegiatan ini dilakukan ketika waktu tiada pengebumian, mungkin waktu malam. Kebanyakan batu nisan yang dicuri adalah batu sungai dalam sembilan set, kerana boleh dijual semula dan nama si mati boleh dipotong,” katanya ketika ditemui di tanah perkuburan itu.



Izzul Hafiq berkata, selain batu sungai, batu nisan putih yang kebiasaannya digunakan dan bernilai RM350 bagi satu set turut dicuri, dan turut menjelaskan kejadian tersebut kali pertama berlaku di tanah perkuburan yang dibuka sejak awal 90-an itu.

Sementara itu, Ketua Polis Johor Bahru Selatan, Raub Selamat, ketika dihubungi berkata setakat ini pihaknya tidak menerima laporan berhubung kejadian.

Justeru, beliau menasihati orang ramai terutama waris membuat laporan polis bagi memudahkan siasatan dilakukan. FMT

Batu nisan pun dicuri



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Allah Benci Isteri Sebegini – Syamsul Yusof



Jasmine tukar agama di India?

Peluk suami waktu zikir, Abby Abadi ditegur netizen



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker