Biodata Artis Jasmine Suraya Chin. Profail dan Latar Belakang.

Biodata Artis Jasmine Suraya Chin. Profail dan Latar Belakang.

Jasmine Suraya Chin Xian Mei (Cina: 陈香郿; lahir 10 November 1989) merupakan seorang pengacara televisyen, model, pelawak dan pelakon wanita Malaysia berketurunan Cina yang berasal dari Kuching, Sarawak. Beliau terkenal dengan watak sebagai Lily dalam filem PASKAL (2018) yang dibintanginya bersama Hairul Azreen. Selain itu, beliau juga terkenal dengan peranan televisyen termasuk Hero Seorang Cinderella (2017), Alamatnya Cinta (2018) dan Adellea Sofea (2019).

Kehidupan awal

Dilahirkan pada 10 November 1989 di Kuching, Sarawak, Jasmine Suraya ialah anak tunggal dalam keluarganya. Nama ‘Jasmine Suraya’ dipilih untuk beliau kerana nama ‘Suraya’ ialah nama rakan karib ibunya ketika mereka belajar bersama di universiti luar negara.[7] Beliau mendapat keputusan 10A Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di S.M.K. Batu Lintang dan melanjutkan pelajaran di Universiti Monash, Melbourne, Australia yang mana beliau merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains dan Ekonomi.



Pada tahun 2003, ketika berusia 14 tahun, Jasmine pernah mewakili Sarawak dalam sukan boling 10 pin dan pernah mewakili negeri di Pertandingan Kejohanan Junior Milo Kebangsaan.

Sebelum menceburi bidang lakonan, beliau pernah bekerja sebagai seorang wartawan di The Borneo Post selama setahun setengah.

Jasmine tukar agama di India?



Kerjaya

Jasmine Suraya pertama kali berhijrah ke Kuala Lumpur pada 1990 untuk memulakan kerjayanya. Penguasaan bahasa Melayu beliau agak teruk ketika itu maka beliau perlu bekerja keras bagi memahirkan diri. Beliau mendaftarkan diri ke Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) selama enam bulan.

Pada tahun 2013, beliau menjadi salah seorang peserta Projek 3R yang turut disertai oleh Dayah Bakar, Amirah Azmi dan Yvonne Lee. Jasmine membuat penampilan drama TV pertamanya menerusi drama adaptasi novel, Kerana Terpaksa Aku Relakan, memegang watak sebagai Tini. Beliau kemudian memegang watak Zaharah dalam filem Return to Nostalgia arahan Woo Ming Jin yang ditayangkan pada Oktober 2015.


Baca Artikel Menarik :

Jasmine Suraya Nafi Tukar Agama, ‘Saya Ke India Atas Sebab Bercuti’




Beliau pernah muncul bersama Zizan Razak dan Shaheizy Sam dalam filem aksi sukan Rembat (2015) arahan Shamyl Othman dan filem aksi permotoran KL Wangan (2017) arahan Pekin Ibrahim.

Jasmine berlakon bersama Ammar Alfian, Hairul Azreen, Gambit Saifullah dan Hafizul Kamal dalam filem ketenteraan, PASKAL yang ditayangkan pada 27 September 2018, beliau menjayakan watak sebagai Lily] Selain itu, beliau juga muncul dalam drama lakonan Hisyam Hamid dan Hannah Delisha, Alamatnya Cinta sebagai Natalia.

Jasmine Suraya memegang watak Cai Yun atau Sofia dalam telefilem bertajuk Back To You yang turut dibintangi oleh Azizah Mahzan. Beliau menggunakan pengalaman peribadinya sendiri bagi menghayati wataknya. Dan beliau juga bakal muncul bersama Vanidah Imran dalam drama Daulat yang bakal disiarkan di Netflix.

Beliau menjayakan watak sebagai Suzie Tan dalam Adellea Sofea arahan Shahrulezad Mohameddin lakonan bersama Mira Filzah dan Ungku Ismail Aziz. Jasimne berkata mengenai wataknya: “Saya juga tak sangka watak Suzie boleh menyentuh hati ramai penonton. Ini kerana kebanyakan babak yang saya lakonkan adalah secara spontan. Kami lebih banyak improvisasi,”.



Beliau kini sedang mempersiapkan diri untuk menyertai Maraton Tokyo.

Jasmine dedah fantasi sebenarnya

Kehidupan peribadi

Jasmine Suraya beragama Kristian. Beliau sebelum ini menafikan khabar angin mengatakan beliau beragama Islam, Jasmine berkata dalam temu ramah bersama Harian Metro: “Saya tidak salahkan mereka malah saya balas balik komen dengan baik dan beritahu saya bukan Melayu. Saya juga minta maaf sekiranya cara berpakaian saya membuatkan mereka berasa tidak selesa. Pandangan dan komen yang dilontarkan itu amat saya hargai kerana ia bermakna mereka mengikuti perkembangan dan mahu saya jadi insan terbaik.



Beliau mempertahankan tindakannya memuat naik gambar yang dianggap seksi oleh sebahagian peminat di laman sosial Instagram sehingga mendapat kecaman netizen.

Jasmine Suraya Chin
Kelahiran
Jasmine Suraya Chin Xian Mei

10 November 1989 (umur 32)

Kuching, Sarawak, Malaysia
Pendidikan Ijazah Pengajian Politik Antarabangsa dan Ekonomi
Pusat pendidikan Universiti Monash, Melbourne
Pekerjaan Pengacara televisyen, pelakon, pelawak dan model
Tahun aktif 1990–kini

Biodata Artis Jasmine Suraya Chin


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Aksi ranjang Jasmine Suraya, sedia dikecam netizen

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker