Pemuda Umno lancar kaji selidik berhubung isu pengeluaran KWSP

Pemuda Umno lancar kaji selidik berhubung isu pengeluaran KWSP

Pemuda Umno terus menggerakkan usaha bagi mendesak kerajaan dalam isu pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menerusi satu kaji selidik yang dilancarkan mereka.

Ketuanya, Asyraf Wajdi Dusuki berkata kaji selidik oleh Sekretariat Penyelidikan Pemuda Umno itu bertujuan memahami kehendak rakyat berhubung isu berkenaan.



“Kajian ini bersifat telus dan tidak memihak kepada sesiapa.

“Dapatan ini akan membantu mengenalpasti adakah ada keperluan untuk meluluskan pengeluaran ini,” katanya di Facebook.

Beliau berkata, dapatan kaji selidik itu akan dikongsi kepada umum dan akan dibawa kepada perhatian kerajaan.

“Mohon penyertaan semua untuk menjawab soalan kaji selidik. Hanya mengambil masa tak sampai satu minit.



“InsyaAllah, saya sudah minta Exco Penyelidikan Pemuda Umno Azril Sarit untuk berkongsi dapatan dengan semua dan akan dibawa kepada pihak kerajaan,” katanya.

Dalam pada itu, Asyraf berkata pendapatan KWSP tidak akan terkesan dengan pengeluaran RM10,000 terakhir yang diminta oleh rakyat selepas ia mencatatkan peningkatan pendapatan pelaburan kasar kepada RM48.02 bilion.

“Implikasinya mungkin sekitar RM25 bilion sahaja sebagaimana i-Sinar dan i-Citra.

“Kalau ikutkan, caruman bulanan yang KWSP terima adalah RM6.5 bilion. Setahun RM78 bilion. Setakat pusing yang ini pun sepatutnya lebih dari cukup,” katanya.



“Perlukah dicairkan aset-aset KWSP di luar negara yang berjumlah kira-kira RM356 bilion iaitu 36% daripada jumlah aset pelaburan KWSP iaitu RM988.55 bilion? Tak perlu.”

KWSP semalam mengumumkan pendapatan pelaburan kasar RM48.02 bilion untuk sembilan bulan pertama berakhir 30 Sept 2021, meningkat 7.7%, atau RM3.42 bilion, berbanding RM44.60 bilion yang dicatatkan pada tempoh sama tahun sebelumnya. FMT

Pemuda Umno lancar kaji selidik berhubung isu pengeluaran KWSP


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU</a


Rumah mewah atas bukit di Shah Alam untuk dijual RM17j (Video)

Ustaz Abu Syafiq mengaku tak vaksin dan bawa orang tak vaksin ke Saudi



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker