Jelaskan alasan sebenar SK Assumption ditutup atau berdepan serangan PH – Najib

Jelaskan alasan sebenar SK Assumption ditutup atau berdepan serangan PH – Najib

Kementerian Pendidikan perlu memberi penjelasan sebenar berhubung dakwaan penutupan Sekolah Kebangsaan (SK) Assumption, di Butterworth, Pulau Pinang, sebelum isu berkenaan digunakan sebagai bahan hasutan oleh pembangkang, kata Najib Razak

Difahamkan, sekolah berusia 89 tahun itu dijadual ditutup sepenuhnya bermula 28 Feb, selepas pemiliknya, Sri Avenue Sdn Bhd, memohon tapak sekolah terbabit dipulangkan semula.



Perdana Menteri itu berkata, Menteri Pendidikan Radzi Jidin tidak sepatutnya berdiam diri dan membiarkan ia dijadikan bahan hasutan atas agama dan bangsa.

“Harap Kementerian Pendidikan tidak akan berdiam diri sehingga memberi peluang kepada ahli-ahli politik ‘geng’ PH untuk terus menghasut,” katanya di Facebook merujuk kepada dakwaan mengatakan penutupan sekolah itu berpunca daripada asal usulnya sebagai sekolah mubaligh.

Terdahulu, dilaporkan Sri Avenue membina sekolah berkenaan dengan persefahaman bersama pihak kementerian untuk membeli tanah berkenaan, namun perkara berkenaan tidak dapat dimuktamadkan.

Selain itu, menurut laporan Malaysiakini, sekolah terbabit hanya merekodkan hanya 55 murid berdaftar.



Sekolah terbabit diasaskan pada 1933 oleh La Salle Brothers, daripada Gereja Katolik, namun pihak gereja melupuskan semua hak ke atas sekolah itu, selepas institusi berkenaan dipindahkan pada 2008.

Najib juga berkata mereka yang merujuk kepada sejarah sekolah dan keperluan untuk mengekalkannya mungkin tidak ikhlas berbuat demikian.

“Walaupun bahan hasutan DAP-PH kata sekolah ini telah wujud 89 tahun dahulu, kebenarannya ialah bangunan ini cuma dibina pada tahun 2008 setelah sekolah dan bangunan asal di lokasi lain musnah terbakar pada tahun 1995,” katanya.

Beliau mendakwa, pemilik asal tapak sekolah terbabit sudah menjual tanah itu kepada pemaju bagi membina kondominium.
FMT



Jelaskan alasan sebenar SK Assumption ditutup atau berdepan serangan PH – Najib


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Suspek sah ditahan, mengaku terima arahan Mossad



Bongkah Batu Tiba-Tiba Runtuh Timpa Bot Pelancong Sebabkan 7 Terbunuh [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker